Saiz kantung tidak berkembang

Assalamualaikum. Nak tanya ada tak kat sini yang sama macam saya. Saya last period 10/5 dan kalau ikutkan saya dah 8w tapi masa scan 5/7 saiz kantung saya baru 4w3d. Berbeza 4 minggu. Normally saya baca perbezaan 2w ja tapi saya sampai 4w. Doktor suruh datang scan lagi 3w masa kantung saya dah masuk 7w untuk double confirm. Ada tak sama macam saya beza 4w? Kalau ada bole saya tahu macam mana keadaan awak dan baby? Kandungan selamat atau sebaliknya ya? Maaf, saya jadi risau dan agak down bila doktor cakap baby saya tak berkembang normal..

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya alami tahun lepas bln 11. Sy pun period teratur masa scan patut usia kandungan 9minggu tapi masa pi scan tak ada heartbeat lps tu doctor suruh dtg blk scan selepas 2minggu masih tak berkembang. Lama2 kantung jatuh sndr sblm tu saya rase cam period pain on n off lps tu badan letih sgt. Tau2 kantung jatuh masa pi toilet. Tak pr nanti sis scan semula dekat klinik lain plak

Baca lagi
2y ago

Hm, rata2 komen hasilnya negatif.. saya mungkin patut berhenti berharap. Nanti dah masuk 7w saya akan scan semula. Waktu tu lah final untuk tahu keadaan pregnancy saya.. doakan saya kuat yer 🥰