Tanda2 Mommies Akan Bersalin

Assalamualaikum n salam sejahtera Hari nk share dengan mommies berkaitan tanda2 nk bersalin yg sy dpt dr nurse KK area sy.. 1. Terasa sakit pinggang hingga ke ari2 yg terlalu sakit(kwsan peranakan). 2. Berlaku contractions selang 5 ke 10 minit. ( Kalau berlaku Brixton Hicks itu adalah contractions yg palsu.. Mommies boleh dpt bezakan yg Mana betul or palsu ). 3. Berlaku turun air ketuban atau turun darah Jika terdapat tanda2 berkenaan, sila ke hospital dengan segera. Mommies juga boleh prepair Untuk diri sendiri sebelum ke hospital ( jika tanda bersalin masih boleh mommies tahan sakit ) dengan melakukan aktiviti2 berikut: 1. Mandi siap2 dirumah Dan merapikan apa yg perlu. Seeloknya Mandi dgn air yg suam utk percepatkn kelahiran. 2. Makan Dan minum secukupnya utk mendapat tenaga sebelum berperang dlm bilik kelahiran. 3. Bykkn berjalan atau jalan itik utk memudahkan proses kelahiran. 4. Bg yg beragama Islam, boleh amalkn zikir2 utk memudahkan bersalin dan jika mampu boleh buat solat sunat taubat. Diharapkan perkongsian ini dpt memberi manfaat kpd sy dan Kita semua.. sharing ilmu is caring.. By the way sy skarang berada 35 minggu 2 hari, sgt berdebar, takut dan x sabar nk tgk baby.. bg semua mommies yg berada di saat2 menunggu kelahiran, semoga anda Dan sy di permudahkan segala urusan..

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Tq for sharing. Semoga dipermudahkan proses kelahiran bby puan 🤗💗

5y ago

Tq puan... 😘😘

Super Mum

👍👌