Anak Umur setahun 1bulan Taknak makan
Assalamualaikum n hai , tolong bantu saya . Saya dalam tekanan disebabkan anak taknak makan (food solid) , tak kira apa pun yg di suap dia akan kunyah2 pastu dia luah. Saya jadi stresss , tapi susu dia ok. Takkan nak bagi susu je???? Allahu kadang waktu bagi makan tu geram rasanya nak paksa2 dia makan. Tapi saya frust saya biar tak bagi dia makan. Saya terus buat susu. Help me.

Hai mmy. Saya pahammmm. Saya just nak share experience sbb baru mengalami benda yg sama. Mcm ni, baby saya sebelum masuk usia 1 tahun mmg tak pernah tolak makanan.. suap lah apa pun mesti mkan. Kadang bila mkan bubur menambah-2 sampai 2 kali. Mmg seronok tngok dia asyik mkan je. Suddenly, saya perasan lagi beberapa hari dia nak masuk usia 1 tahun.. tiba-2 dia ‘tolak’ utk mkan, susu pun kadang habis kadang tak habis padahal anak saya kuat minum susu (btw saya mix bf FM, kebetulan masa tu jgakk anak saya demam so saya fikir maybe sbb dia tak sihat so dia tak nak mkan). Tapi saya cuba jgakk beberapa kali offer, dia still menolak. At the same time, saya check jgakk kot-2 nak tumbuh gigi ke apa (anak saya usia 9bulan baru tumbuh 2btg gigi bawah, lebih kurang usia 11bulan tumbuh sebatang gigi atas & dah masuk usia 1 tahun 3gigi atas nak keluar serentak so nmpak mcm ada bengkak kat gusi). Saya try buat bubur mcm selalu dia mkan, try masak makanan lain langsung tak jalan. Saya try bagi mkan buah/roti/mee mcm tu baru dia nak mkan sikit-2 itupun jenuh kena paksa. Buat lah pengkek ke pasta ke mmg dia tak nak. Kalau mkan bubur/nasi butir pun 2 3 suap je selebihnya dia bnyk nak main-2 suap sendiri. Hm. Ambik masa jgakk nak tunggu dia punya mood nak mkan tu. Kalau dia mkan 2 3 suap pun dah ok.. ni kadang langsung tak nak mkan. Asyik meragam je. Of course saya risau sbb berat dia cantik so takut disebabkan dia dah ‘kurang’ mkan nanti effect dekat bacaan graf dia. Puas saya pujuk, puas saya acah-2 bergurau sbb nak suap.. dia langsung tak mahu. Dah genap usia 1 tahun tiba-2 anak saya demam lagi (takde batuk/selsema). So saya syak maybe sbb gigi atas dia tu nak keluar. Lepas dah ok demam tu.. tiba-2 baru ni anak saya batuk & selsema pulakk sampai kena warded. Allah lagi lah dia tak nak mkan. Kadang nak menangis sbb susah hati dia tak mkan. Lepas dah baik selsema & batuk, tiba-2 demam panas pulakk dah berapa hari. Allahu. Lagi struggle nak bagi mkan. Tipu lah tak putus asa kan? Dalam masa sama, saya pun tak putus-2 doa jgakk. Tngok dia dah makin ceria, makin aktif & demam pun dah makin kurang Alhamdulillah start hari ni dia dah nak mkan semula. Saya buat nasi lembut, 2 kali menambah. Lepastu suap lah apa pun mmg mkan je. Syukur sangat. Ada org kata kalau tak nak mkan maybe sbb dia tngh nak ringan badan utk berjalan. Huhu. Nanti kalau dia dah betul-2 ok, saya nak try bagi nasi butir. Buat sementara waktu ni, dia pun baru nak start mkan balik so saya buat nasi lembut-2 je dulu. Utk mmy, jngn give up tau. Teruskan je offer mkanan. Dapat 2 3 suap pun jadi lah asalkan mkan. Bila tak mkan langsung, risau pulakk takut dia lapar ke sakit ke kan. Lagi satu bila dah usia 1tahun ni, susu dah bkan makanan utama lagi. Kalau anak mmy tak mao mkan, cuba mmy bawak berjalan-2 kat luar rumah/taman sambil-2 suap mana thu dia nak mkan ke apa.. dalam bnyk-2 makanan anak, mesti ada yg dia boleh mkan jgakk. Mcm anak saya, kalau dia tak tolak nasi.. saya cuba bagi mkan roti/mee ataupun saya cuba bagi dia rasa sikit-2 makanan lain sbb ada anak kadang dia jemu makanan sama. Kalau mmy buntu nak masak/bagi mkan apa, boleh search je dekat tt confirm bnyk menu yg simple-2 sesuai utk usia 1tahun.
Baca lagiAnak mkn sendiri ke sis suap? Ank sy nak makan sndiri je sekarang. Banyak tumpah2 tp dia enjoy time makan. Selera mkn dia tiap minggu tukar2. ada minggu nak nasi, ada minggu nak mee atau pasta, ada minggu nak bubur, ada minggu nak finger food je.
Cuba buat bergedil sis anak saya sukaa dia tknak nasi kentang dia suka
Waalaikumussalam...blh share sejak bila ank xmau makan?