PENGALAMAN BERSALIN INDUCE PERTAMA KALI.
Assalamualaikum, hi mummies Alhamdulillah baby august selamat dilahirkan pada 14hb. Baby boy yang cukup sempurna dan comel. Sebenarnya tak pernah terfikir langsung akan bersalin secara induce ni ataupun bersalin paksaan. Minggu ke 38 datang ke klinik macam biasa untuk checkup tapi terus kena pergi hospital sebab baby agak kurang bergerak. Nasib baik barang2 semua dah ready siap2 dalam kereta, so terus gerak ke hospital daftar tunggu dekat pac buat ctg alhamdulillah result okay, baby pun dh start bergerak macam biasa. Ingatkan lepas setel buat ctg tu boleh terus balik, sebab ada dengar nurse cakap boleh bagi dia ni balik dulu. Tunggu dkt 2 jam dalam tu tiba2 ada doc datang bagthu dah kena tahan ward untuk bersalin, bgi ubat induce, lagipun doc tak bgi balik sbb dah 38minggu so dah tempoh matang boleh bersalin. Nurse datang bagi baju hosp ( baju pink btw excited sebab first time pakai baju pink tu hihi ) petang pukul 4 macam tu baru dapat jumpa husband sekejap bgthu dah kena tahan, tak boleh balik. Husband nampak cool je cehhh sebenarnya risau kat bini dia tu. Setel daftar ward angkat brg smua husband pun terus gerak balik. Tinggal sorg2 kat hosp masa tu rasa mcm nak nangis je haha kita ni tak pernah berpisah jauh2. Huhu First day : Nurse datang bgthu esk pagi kena ready pukul 8am depan bilik doc untuk check bukaan dan masukkan ubat induce, dalam ward alhamdulillah ada 4 katil so ada 3 org lagi akak2 yang tengah tunggu giliran nak bersalin, ada yg dah ddk situ dekat seminggu ermm lama jugak ya. Dalam hati berdoa sangat taknak lama ddk situ, nak cepat setel dan boleh balik rumah hehe. Lepas kemas barang2 dalam beg tu terus baring berehat sekejap. Second day : Lepas masuk ubat induce, kena tunggu lagi 24jam lepastu baru check balik bukaan dah berapa, hari kedua ni takde apa sangat dah rasa okay sikit tak sedih dah. Waktu melawat husband pun datang bawakkan makanan, dapatlah jumpa sekejap boleh ngada2 hahah. Makanan untuk tengahari pun sampai, first time makan makanan hospital ni so far okaylah cuma takde rasa heheh tapi dah lapar makan je lah. Third day : Lepas check bukaan masih lagi 1cm mmg slow progress ermm masa ni rasa dh hampa sangat, sebab mmg dh fikir nak cepat setel nak balik rumah. So doc decide masukkan ubat induce kedua ( masuk belon) korang pernah rasa tak ? Ermmm, masuk belon ni sangatlah tak selesa sebab mcm tergantung mcm tu nak bangun nak makan smua tak selesa. Doc bgthu jugak banyakkan berjalan dan exercise sikit bagi bukaan tu cepat. So start lepas masuk belon tu mmg tak berhenti kejap2 keluar jalan pusing ronda-ronda dalam ward sbb nak cepat ada progress bukaan tu, sampai nurse pun tegur hehe takplah asalkan cepat ada progress. Masa ni tak tahu lah rasa macam koyak sikit sbb dalam ward dah kosong ramai yg dah balik, lahhh tiba aku menangis sorg2 dalam tandas. Tapi kena kuatkan hati dan semangat Fourth day : Alhamdulillah dah 4cm!! Masa ni rasa best sangat akhirnyaa dah ada progress so doc buat surat dah boleh masuk labour room, last dapat jumpa husband petang tu mintak maaf apa smua sbb dalam labour room tak boleh bawak phone so nnti boleh updated apa-apa. Husband pun dh siap2 ready tunggu kat hospital sampai bersalin. Masuk labour room pukul 4ptg, selesai bersalin pukul 1:30pagi syukur semuanya selamat. Husband dapat temankan dalam labour room sampai baby lahir, tiba2 dia pulak nak pengsan sebab takut tengok darah banyak2 hahah. Dalam terjaga doc tengah jahit, kita request nak air milo haha biasalah penat meneran kott mestilah haus. Setel semuanya alhamdulillah baby dngn mak boleh turun ke ward sekali, masa tu pukul 4pagi rasa dah penat sangat2 dah baby pun tidur so mak nya pun tidurlah sekejap. Husband whatsapp bgthu nak jumpa baby, nak azankan baby. Amik uri semua husband pun balik rumah dlu sbb nak tanam uri tu cepat. Pengalaman bersalin induce ni sangat sakit tapi pengalaman yg takkan dapat dilupakan. First induce ubat, belon dan dalam labour room induce masuk air azab betul. Pengalaman korang pulak macam mana ?