Takut Induce? Read this ❤️

4 August 2020 Check up di Klinik 36weeks 4days. Kena jumpa doct untuk scan baby, tengah scan tu doct kata baby okay, cuma nya air ketuban kurang (Oligohydroamnios) 😩 So doct pun refer pergi scan dekat GH. Pukul 10.40am sampai hospital, tunggu tak lama pun pastu doct pun scan. Then dia kata memang confirm Oligo. So kena warded lagi 'dua hari nak kena induce sebab dah 37weeks'!!! 😭 Boleh bayang tak betapa seriau nya aku time tu. punya lah aku takut nak kena induce sebab GDM on diet, tetiba aku kena juga hadap induce tu sebab Oligo ni, Allah je tahu perasaan aku macam mana. Tapi aku redha sebab Allah jumpa kan aku dengan ada sorang akak ni dia esoknya nak kena induce, harini scan baby dia dah takda heart beat, aku anggap ujian aku ni tak berat macam apa yang akak tu lalui. 😩😭 So bermula lah hari aku di ward. Pukul 4.20pm baru aku ditolak masuk ward. (Katil no. 4 ward Kenanga 3B) Kat situ jumpa macam macam masalah pregnancy. Buat kan aku lagi kuat nak hadap induce yang ramai gila review kata sakitnya lebih dari rasa nak bersalin natural contraction tu. Masa dah warded ni memang kena positive je. Tak fikir bukan bukan. Fikir yang baik baik je and selalu mindset 'Allah takkan uji luar kemampuan aku' Allah baik Allah baik'. Tu je yang aku ulang. 5 August 2020 Macam biasa, jalan satu ward tu. Tengok orang yang dah kena induce. Ada lah borak dengan 2,3 orang juga ibu mengandung kat situ yang ada masalah Oligo. Semua memang kena induce on 37weeks sebab masa tu baby dah cukup matang untuk lahir. Ada yang kena induce ubat lah, belon lah. So dorang pun cerita, hari pertama induce akan masuk ubat dalam vagina. Kalau takda bukaan rahim dalam masa 24hrs doct akan masuk ubat lagi, ubat tu nama dia tak silap aku (Prostin). Bila dah ada bukaan 1/2cm baru doct masukkan induce belon. Ni based on cerita ibu ibu mengandung dalam ward cakap ya. (Kalau salah maafkan saya 😅) 6 August 2020 Hari yang aku paling takut!!! Hari ketiga dalam ward, masih rasa takut ya. Hari hari doa kan ibu yang mengandung kena induce ni dipermudahkan, dipercepatkan proses bersalin. Tengok ramai yang dah bersalin lepas kena induce. Ada yang baru hari pertama induce dah tolak lr. Ada yang lepas masuk belon hari kedua tu baru bersalin. Macam macam cerita lah. Kalau nak cerita tak habis. 😂 Aku skip lah cerita orang lain. Dengar cerita aku je okay 🤗 Bangun pagi pukul 8am, kena tunggu depan bilik prosedur. Danggggg!!! Dengar nurse panggil nama sendiri rasa macam aduh takutnya. Then masuk bilik prosedur, doct masukkan ubat dalam tuttttt. Dengar doct kata masukkan ubat tu half jerrrr. Tak rasa sakit. Masih okay okay. Pujuk baby sepanjang hari untuk bagi mama rasa sakit contraction supaya ada bukaan. Habis satu ward kita pusing, baby still steady je lagi, baby taknak keluar lagi. Nak best best dalam perut mama. Mama is redha 😩 7 August 2020 Hari kedua induce process, macam biasa dah mandi apa semua. Pukul 8am tu kena tunggu depan bilik prosedur untuk jumpa doct and check ada bukaan atau tak. Sampai je turn aku, doct check still takda bukaan & takda rasa contraction. Doct masukkan lagi ubat (Prostin) tu tapi kalini 1biji terus. Settle, pergi kat katil baring baring, golek golek. Pusing satu ward tu sampai lenguh lenguh kaki. Still takda contraction or tanda nak bersalin langsung. Tengok orang lain yang induce sama sama dengan kita dah bersalin, dah tolak lr apa semua jadi rasa eh kenapa aku takda rasa langsung ni. Aku dah risau, macam macam rasa ada. Tapi still positif, Allah baik Allah baik. Sabar sabar. Pastu, petang ke malam tu ada lah rasa contraction tu (tapi yang boleh tahan lah). Danggg!! macam rasa ada air keluar (leaking), tapi sikit je. Bagitahu nurse, nurse kata normal. Aku pun leklek jelah sambil pujuk baby untuk still bagi contraction, supaya jalan buka and boleh bersalin harini juga. Tapi baby still taknak keluar, dia sedap dalam perut. Tengok amoi katil depan dah settle bersalin, dia induce sebab GDM on insulin. Baring baring golek golek tapi macam dah takda je sakit 😂🤣 So, takda contraction meh lah tidur. HAHAHA 8 August 2020 Wow!! Tarikh shopee 8.8 ni. Macam biasa kat ward kena cek jantung baby pukul 4am. So 3.30am aku dah bangun mandi, minum makan roti, pastu buat ctg tu untuk monitor jantung baby. Nurse semua tanya, takda rasa sakit ke? Aku sengeh jelah 😒 Tunggu subuh, pastu doa lama lama sikit nangis nangis sikit 🤪 Pastu baca yasin jap pujuk baby. Tidur balik, bangun pukul 7.30 tunggu depan bilik prosedur. Doct pun panggil, doct on call rasa nya sebab hari sabtu. Aku baring atas katil sambil borak, doct buat VE (seluk) dia kata bukaan 2cm. Ya Allah! Dengar 2cm syukur gila!!! Sebab tak payah induce lagi 😂🤣 And doct tanya aku ada contraction tak, aku jawab ada tapi on off. Then aku bagitahu doct ada leaking sikit malam tadi, pastu tetiba dia suruh nurse ambil spekulum (mulut itik) (betul ke eja tu?) Alamakkkkkk! Dah lah aku seram benda tu, aku tanya doct sakit tak? Doct kata rasa tak selesa je. Pastu dia pun swab lah nak make sure tu air ketuban atau air kencing. Confirm weh tu air ketuban!!!! Dah mula takut pula aku ni, beria nak beranak konon pastu takut 😂🤣 Then doct kata saya bagi masa lagi, kalau pukul 1pm tetap tak bersalin, kena tolak LR. Aku macam alaa doct, takboleh tunggu sakit ke? Doct kata tak boleh sebab air ketuban dah leaking. So aku pun dalam excited+takut tu whatsapp suamiku sayang and ibu bagitahu keadaan aku. Sambil minta ampun siap siap sementara tunggu pukul 1pm tu pun still pujuk baby supaya nak keluar natural tanpa induce drip tu (orang ramai kata sakit gila babyhhhh) sabar jelah! Baring baring tengok dah pukul 12.30pm baby still taknak keluar. Aku pun mandi, makan sebab nurse kata dah nak tolak LR. So dah settle mandi and makan, nurse dripkan antibiotic (kalau air ketuban leaking memang kena masuk antibiotic takut infection ha camtu lah). Pastu LR call suruh turun pukul 2pm, suruh solat zuhur siap siap. Aku pun settle zuhur, pastu terus nurse panggil nak tolak aku pergi LR. Berdebar seram sejuk badan aku. Sebab selalu orang dah sakit sakit nak beranak yang pergi LR. Ni aku tak sakit tapi kena masuk LR. Sampai LR doct pecahkan ketuban and cek jalan masih 2cm and bagitahu aku pukul 3.30pm nak on induce drip tu. Dia tanya nak ubat tahan sakit tak, aku tanya sakit ke doct? Sekarang saya tak sakit so tak perlu lah ubat tahan sakit tu. Nanti dah sakit saya bagitahu. HAHAHA. Doct gelak je, and cakap kat nurse nanti cucuk ubat tahan sakit bila aku sakit. Okay dah pukul 3.30pm bermula lah kisah seram aku dengan induce drip tu. Sambil menunggu effect induce tu, ya Allah azabnya susah hati aku ni. Nurse yang teman aku tu tanya awak ada rasa sakit tak? Aku jawab takda nurse. Aku pujuk baby, bagi aku rasa contraction. Bila ada contraction jalan pun cepat buka kan. Tapi aku takda rasa sakit langsung. Sambil zikir nabi Yunus tak berhenti. Nurse suruh aku tidur, takut aku takda energy. Dia kata graf tu dah nampak aku ada contraction, cuma aku tak rasa sakit. Dia kata aku jenis tahan sakit kot, dia pun pelik. Sampai pukul 5pm aku minta nurse Surah Yasin. Sebelum baca aku niat, Ya Allah suami aku tunggu kat depan, anak aku pun tunggu aku balik, ibu aku pun risau kat rumah. Permudahkan, percepatkan & kurangkan rasa sakit bersalin ni. Jadikan bacaan Yasin ni semangat untuk aku and ada bukaan. Baca punya baca, aku dah mula rasa contraction pukul 6pm. Alhamdulillah, ya Allah aku bersyukur nikmat penghapus doa ni. Aku pujuk baby lagi. Pujuk baby keluar sebelum maghrib aku tak sabar nak tengok and peluk baby, bagitahu baby ayah, nde semua tunggu. Masih boleh tahan contraction, 6.15pm aku bagitahu nurse aku dah rasa sakit, nurse kata sakit macam nak buang air besar ke? Aku pun cakap tak rasa nak buang air besar, rasa nak tercabut pinggang. Sambil nurse kata zikir zikir. Kita kena tunggu doct datang cek jalan pukul 6.30pm. So aku pun tunggu. Settle dah baca yasin, sambung zikir. Aku bagitahu nurse dah sakit sangat. Tetiba tengok jam 6.30pm doct sampai. Doct and doct pelatih rasanya. Sebab dia macam mengajar doct muda tu untuk buangkan air kencing aku guna tube, aku kata tak boleh ke pergi toilet je, (time time sakit tu) HAHA, doct kata takboleh. Aku dah sakit lagi nak masuk tube lah apa lah. Pastu settle buang air kencing, doct tu cek bukaan. Aku kejap sakit kejap tak. Aku dengar doct tu bebel kat aku, ('puan, puan dah boleh teran ya, jalan dah full. pn ingat kan cara push baby?) aku pun blur sebab time ni aku tak sakit, aku tanya doct, dah boleh teran ke? Betul ke doct? HAHAHA, pastu doct tu kata ya dah boleh teran, dah full. Ya Allah puasnya hati aku bila doct cakap camtu. First push, aku terangkat bontot, nurse kata jangan angkat bontot aku terus relax balik and sempat tanya doct tak boleh ke gunting je doct? Doct kata buat apa nak gunting boleh natural ni. Push kali kedua dengan sokongan and semangat nurse and doct kat situ, aku berjaya push tanpa gunting, and nurse kata ada koyak sikit kot, baby keluar pukul 6.45pm. Alhamdulillah doct siap suruh selawat masa nak potong tali pusat. Doct pelatih tu tolong azankan baby sebab bersalin PKPP, suami tak boleh masuk. Syukur! Tapi bersalin kalini aku jadi bahan experiment ya untuk doct pelatih tu (BIAR AKU JE TAHU LAH 😂🤣) Alhamdulillah, nikmat Allah yang aku takkan lupa. Allah takkan uji luar kemampuan kita. Sentiasa fikir yang baik baik. Allah baik Allah baik. Syukur ya Allah! Lagi satu nak pesan, jangan jadi macam aku sebab selalu termakan cakap cakap orang yang selalu kata sakit bila kena ni sakit bila kena tu. setiap orang lain lain. Kita kena rasa, baru kita tahu. Positif okay! 8/8/2020 @ 6.45pm 2.67kg 51cm LR Bilik No.3 HTJSeremban

Takut Induce? Read this ❤️
29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy pun 1st baby induced juga.admit hari ahad 8am sbb pecah ketuban.cek bukaan baru 1cm.tkda sakit langsung.sampai ke petang jm3.30pm masih 1cm n tkda sakit2 contraction.6pm baru 3cm.terus masuk LR utk induce drip coz risiko jangkitan kalau baby keluar lambat.9pm masih ketawa2 dengan husband kt bilik LR.jm10 pm baru start contraction yg boleh buat tutup mata tahan sakit.12tengah mlm baru 6cm.doct ckp tunggu 10cm baru call dia.time tu dah bergegar tahan sakit contraction.2.30am isnin dah 8cm n bgtau nurse sy nk push.x tahan dah nk tahan2 baby.hahaha...nurse call doct.3am baru doct sampai.then mula la berjuang push baby out.3.34am isnin,15/06/2020 keluar la baby boy 3.4kg dengan guntingan almost 2inci (2x kena gunting) review 1st time mom: sakit bersalin x seteruk sakit luka guntingan lepas bersalin.hahaha...2minggu baru luka ok2.dah blh jalan normal😂😂

Baca lagi

Ya Allah bestnyaa puan beranak dngn jayanya walaupun induce then lagi2 pasal GDM.. Rasanya saya siap imagined tadi kalau d tmpt puan.. yang bestnya bila kena ckp full bukaan. ahhh 🤩🤩😱😱 lepas tu yg masih terkejut sbb x expect sudah full bukaan sbb ianya kerana kesabaran yg penuh kuat dan menanti.. x terburu buru.. 10cm bukaan mmg impian semua ibu mngndung bila nk beranak.. hihiihi.. samalah sy pun mcm puan, sllu btl trmakan ckp org.. jadi kalau nk jadi kuat, x boleh lah ya trlalu takut dan fikir sakit? hehe.. 😅 alhamdulillah.. selamat berpantang puan .😊

Baca lagi
2y ago

aamiin.. smoga akan dtg lebih baik

sy bru je bsalin on induce..mmg sakitnya xblh nak ckp..sy sampai menjerit minta ptlgan gan doc dan nurse sbb sakitnya mmg smpai blh meragut nyawa..sehinggakan para nurse keja dlm labaour room tu ckp sy bukan2..kunun sy berlakonla..kesetanan perlu ditalkinkan..smpai hati drg ckp cmtu dgn keadaan kesakitan yg sa alami..dah 8cm still drg x bagi sy meneran sehinggakan sy meneran sendiri brula drg kelam kabut..sedih mngkin rezeki sy bsalin dgn cara bgtu..alhamdulilllah sy selamat melahirkan seorang princessnyg sihat walafiat..makasi Allah

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah. Semoga besar ganjaran kita di akhirat nanti dengan ujian lahirkan anak soleh solehah ❤️

menarik nya story labour puan 😍 dpt ilmu baru. alhamdulillah. terima kasih ya. saya baca pun jadi seronok, walaupun dah bersalin bulan3 haritu. inshaAllah next baby pula nanti ❤. apa pun tahhniah puan. semoga anak yg dilahirkan membesar dgn sihat sentiasa, dalam peliharaan Allah, menjadi anak yg soleh & solehah yg kelak membawa mak&bapa ke Syurga 😊

Baca lagi
2y ago

Aamiin YRA

dlm berdebar tnggu hari ni, terbaca post sis ni.. tergelak juga dlm keadaan stress baby still xnk kluar best dduk dlm perut ni smpai skrg 39w4d masi dirumah boleh buat krja mcm²😂 ..semoga ibu² yg lain slmat mudah bersalin dan baby sihat aamiin.. sya dan hsbnd pun pujuk bby bila nk kluar risau overdue saja😌..

Baca lagi
2y ago

Dont worry sis. In sha Allah nanti dia ready nak keluar tu 💝

alhamdulillah , seronok bila dgar smua dipermudahkan , saya pon mula tkot bila dgar kena induce , insha'Allah mntk ii smua dipermudahkan , skrg dah 36w2d , kerap jugak dok sakit pinggang , kdang bila tertido tu boleh terjaga sbb sakit kt prot , i thinks its normal maybe . thnkyou sis sudi share crita , tkjemu baca 🥰

Baca lagi
2y ago

insha'Allah aminn 🥰

VIP Member

nt free² jom join grup mommy. boleh kongsi ilmu sembang santai pasal moms2 and baby😉pasal penjagaan dlm pantang, pemakanan baby.... Borak santai2 pun boleh https://chat.whatsapp.com/E6fkwVRxnn59x3KBPogyK7 https://t.me/joinchat/DIffEhlzgLOKNmheSmHyug

Baca lagi

ALLAHU.. tunggu jam nak masuk ward ni utk induce sb gdm (diet control) & terbaca artikel positive ni. thanks sis! sedikit sebanyak kurangkan rasa nervous saya ni. doakan saya dipermudahkan urusan bersalin esok 😭♥️

2y ago

Alhamdulillah. Harap sis dah selamat bersalin ya!

Sama la kita. Sy pon admitted ward 3b kenanga. Tp tarikh nya 23/9/2020.Sy pon dua kali induced. 3 hari admitted. Hari ke 4 baru bersalin. Induced punya induced last last emergency caesar 🤣 Takpala, janji dua dua selamat. Alhamdulillah 😍

2y ago

Tahniah sis ❤️

VIP Member

sy kena induce ok je. 1 kali je masuk ubat. lain org lain rasa sakit. jam 10 msuk ubat jam 2.22pm baby dah lahir.. ok je.. yg pnting bnyk kn brzkir ingt baby ingt suami dan ingt tuhan..