nak kekalkan bf atau fm untuk anak 1y6m?
anak saya 1y6m fully bf lagi.. tapi lagi 2 minggu saya dah start kerja.. macam mana nak biasakan anak susu botol ye? sebab anak memang tak suka minum dalam botol susu berputing tu dah.. risau nak tinggalkan dia masa pergi kerja nanti 😅 lepas tu better perkenalkan fm atau teruskan pam susu sahaja ye? #firsttimemom #mohonbantujawab
Read more
anak saya 1y3m.. dah boleh berus gigi campur ubat gigi ke? atau masih perlu guna berus gigi baby yang masuk jari tu? ada sesiapa yang tau tak? btw anak still breastfeed n ada nak kulat susu dekat lidah.. saya risau nak bagi pakai ubat gigi takut anak telan.. plus gigi baru ada 6 batang sahaja.. #firstmom #bantusharing
Read more
masa pergi followup untuk ambil pilnperancang dekat KK, nurse tanya bila nak buat papsmear.. apa tujuan papsmear ni ye? memang wajib buat ke? papamear ni yang masuk mulut itik tu kan? sakit tak? saya terkejut dengan soalan nurse sampai terlupa nak tanya untuk apa.. ada yang berpengalaman boleh share tak? TQIA #bantujawab #SeriusTanya #firstmom #ingintahu
Read more
harini anak saya checkup 5 bulan. tapi baru 4m28d.. nurse takde pesan apa2 lagi untuk nany makan. tapi bila jumpa doktor untuk check eczema anak, doktor cakap dah boleh start bagi makan nasi etc.. tak perlu tunggu genap 6 bulan.. betul ke macam tu? ada ibu² yang berpengalaman yang pernah bagi anak makan seawal macam ni?#seriusnanya #firstmom #ingintahu
Read more
Anak 5 bulan taknak minum susu botol!! HELP!!!
Hi semua.. tolong saya!!! dah buntu sangat² tak tau nak buat apa.. anak saya 4m21d dah nak masuk 5 bulan taknak minum susu botol dah.. sebelum ni masa dia newborn 1m-2m saya ada selang seli susu botol dengan df.. elok je dia hadam both botol n df.. lepas habis pantang saya terus fully df.. pam susu pun tidak sebab saya wfh je.. nak dijadikan cerita.. sampai anak dah masuk 4 bulan lebih, tiba² HR bagitau yang saya kena work from office semula.. jadi nak kena start pam n bagi anak minum susu botol semula.. kira dah hampir 2 bulan lebih laa baby fully df tak sentuh botol susu langsung.. ni bila saya cuba bagi susu botol, dia tak nak langsung.. dia kemam je mulut tu.. even dah try suruh opahnya susukan n saya keluar dari rumah, dia tetap tolak puting botol.. ditolaknya dengan lidah tu, luak balik susu.. menangis meraung kuat sampai penat.. last² terpaksa bagi df juga sebab takut anak sakit lain pula menangis tak henti.. dah cuba bagi pacifier pun dia tolak mentah2 je 😅 ada tak tips/cara nak atasi masalah ni? atau baby 5 bulan ni dia dah kenal n faham yang botol susu n df berbeza? macam mana saya nak kerja tinggalkan anak bila dah start kerja nanti? 🥹#pleasehelp #firstmom #NEEDYOURADVICE
Read more
Hi mommies semua.. boleh suggest tak cream/lotion apa yang boleh sapu dekat mata baby? rasanya baby saya ni dah hampir sebulan dia gatal² mata.. sekejap² dia kata gosok2 mata.. sampai saya pun jadi confuse dia mengantuk atau sebab gatal ke apa.. dah hampir sebulan ni baru nampak macam ada kesan mengelupas sikit dah bintik merah kecik.. minggu lepas ada pergi jumpa doktor, doktor cakap baby ada eczema putih.. lotion apa yang sesuai ye? #firstmom #pleasehelp #seriusnanya
Read more
Hi mommies semua, nak tanya.. kepada ibu² yang fully BF tapi dah bekerja.. macam mana pam susu kat tempat kerja ye? lepas pam susu, simpan milk storage kat mana bila ada kat office? kena bawa cooler bag ke untuk simpan stok? saya sebelum wfh tapi tiba² dah kena start masuk office balik.. gelisah rasa sebab tak pernah tinggal pada orang 😅 #firstmom #seriusnanya #pleasehelp
Read more
sabtu lepas sebelum nak solat maghrib, saya check macam ada setitik dua darah warna coklat dekat pantiliner.. jadi saya anggap itu period laa.. tapi lepas tu dah takde keluar darah coklat.. hanya keputihan kekuningan sikit² pada sepanjang hari ahad esoknya tu.. jadi pada subuh isnin, saya pun solat laa macam biasa tanpa mandi wajib sebab had minimum tempoh haid adalah 24jam.. tapi pada tengah hari isnin tu keluar balik darah tompok coklat.. kali ni banyak sikit dari sabtu tu.. jadi saya nak tanya, itu memang dikira darah period atau tak ye? kalau kira dari sabtu tu day 1 period, harini dah day 5.. saya masih belum mandi wajib n solat sebab masih was².. sebab kadang tu keluar keputihan biasa je.. #ingintahu #firstmom
Read more
perancang keluarga mana yang ok?
Hi semua, nak tanya uolls semua ada buat family planning tak lepas dah bersalin ni? saya still tak tau nak pakai perancang apa.. kesian juga dekat suami kena puasa lama² 😅 nak pakai iucd takut.. implanon mahal.. yang suntikan & pil perancang akan kacau hormon laa pula.. kalau merancang sendiri tak pakai apa2 lagi laa takut.. buatnya terus lekat tak memasal je.. sebab orang kata lepas pregnant ni lagi subur kan.. plus haritu baru je period sekali.. itu pun darah sikit² je.. nak tunggu next period pun entah bila tak tau laa sebab still fully bf.. so memang tak boleh nak agak bila waktu subur or tak.. dulu before pregnant memang period saya teratur setiap 28 hari.. senang nak kira waktu subur.. sekarang ni fully bf, mak saya cakap memang susah/jarang period.. jadi macam mana ye.. ada cadangan tak nak pakai perancang apa? 🤔#firstmom #ingintahu #pleasehelp
Read more