MRI KEPALA BABY SBB UBUN LAMBAT TERTUTUP

Assalamualaikum.. Hi Moms.. Hari ni sy scan ultrasound dgn Dr pakar dkt hospital. Anak sy umur 13 bulan. Kena refer pakar sbb ubun kepala masih belum tertutup sepenuhnya. Hasil keputusan ultrasound Dr pakar kata kepala anak sy normal cuma mungkin jenis ubun anak sy lambat tertutup. Lepas scan sy dgn husband pergi semula ke pakar kanak2 untuk bg keputusan ultrasound tapi pakar kanak2 mintak anak sy segera buat MRI sbb nak pastikan ada air dalam kepala atau tak. Bila ditanya apa risiko MRI utk baby katanya 0.1% kematian atau terjadi sesak nafas atau mungkin juga terjadi allergy pd baby sbb sebelum MRI baby akan disuntik cecair biru dan berpuasa semalaman. Tindakbalas cecair tu yg akan memberikan kesan pada baby. Baby juga akan diberikan ubat tidur yg akan bg kesan pada baby juga sma ada muntah atau sebagainya. Anak sy tiada simptom hydrocephaly dan pakar dah check pembesaran anak normal. Tak pernah muntah atau sawan. Alhamdulillah. Pakar ultrasound sendiri sahkan kepala anak sy normal tapi disebabkan ubun lambat tertutup bahagian pakar kanak2 keep pushing us utk MRI. Sebagai ibu yg menjaga anak setiap masa sy yakin anak sy sihat dan normal macam Dr pakar ultrasound kata. Cuma mungkin progres ubun dia slow sikit berbanding baby lain. Pada pendapat ibu2 semua perlu ke sy buat MRI dan risikokan kesihatan anak demi kepuasan org lain? Anak sy langsung tiada simptom hydrocephaly (kepala besar) seperti muntah, bantut, kurang selera makan, mata takda eye contact atau sebagainya. Anak sy alhamdulillah progres sgt smooth. Syukur pd Allah. Ada tak ibu2 yg baby pernah buat MRI? Boleh sharekan ke? Risau sangat. #anak_first #First_Baby #PleaseAdvice #Needadvice

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ukur lilit kepala anak sy memang lebih sikit sejak umur dia 2 bulan. Sekarang ukur lilit kepala anak sy 49cm dgn tinggi 81cm dan berat 10kg. Sebelum ni sy refer dgn pakar di kl. pakar di kl kata normal size kepala dgn tinggi baby sbb anak sy jenis tinggi. Lepas tukar hospital sbb pindah balik dduk di kg sambung checkup di sini. Dr pakar ultrasound dah sahkan tiada apa2 yg pelik dalam kepala anak sy kecuali ubun belum tertutup. Cuma bila pergi ke pakar kanak2 terus paksa sign surat utk MRI dan siap tarikh nak jumpa pakar bahagian operation otak. Kata pakar kanak2 keputusan ultrasound tak sepenuhnya accurate. Nk buat MRI juga. Sy kata in case memang tiada apa2 mcm ultrasound dah confirm then jadi apa2 pd anak sy masa proses MRI mcm mna. Sy risikokan anak sy untuk benda yg belum pasti. Doakan anak sy sihat ya. Walaupun anak sy memang sgt sihat dan aktif alhamdulillah 🤲🏻

Baca lagi
4w ago

CT scan perlu suntik sejenis ubat yg doctor panggil dakwat biru tak sis? Atau baby cuma perlu berpuasa dan dicucuk bg tidur shja? Sbb MRI paeds kata perlu suntik dakwat biru itu yg high risk sma ada badan baby boleh terima atau alami alahan dgn ubat tu..

VIP Member

sm mcm ank sy dlu lmbt juga.. nk2 ank sy lahir prem risau juga buat chckup dgn pakar .pakar kata xpe even dia take time...in shaa Allah akn tertutup bila smpai ms .jnji xde alami kepala bsr .smua ok lepas buat ultrasound.. cuma kena careful jgn bg ank trhntuk dkt part ubun..mg dpmudahkan segalanya aamiin

Baca lagi
TapFluencer

Pakar kanak-kanak cadangkan buat MRI tu sbb MRI lagi details drpd ultrasound. Pastinya pakar kanak-kanak risau dgn apa jua kemungkinan sbb parents consult dgn dia kan, itu sebab dia cadangkan begitu.

1mo ago

Baik. Faham. Mudahan anak puan membesar dgn sihat wal afiyah