BABY KENA SHAMING DENGAN MAK SEDARA

Assalamualaikum.. Hi moms.. selamat pagi.. Baby sy girl.. Umur 2 bulan lebih.. Berat baby sy 7kg.. Semalam sy bawa baby ke rumah mak sedara sbb mak sedara ada buat kenduri. Bila mak sedara jumpa baby dia perli2 sy.. dia kias kata tak percaya tu anak sy sbb tak nampak mcm umur 2 bulan.. baby sy mmg jenis tinggi juga. Now kena ulang alik jumpa pakar sbb pakar kata ada masalah “growth genetics syndrome”.. Lebihan hormon yg buat baby sy cepat membesar melebihi baby lain. Ukur lilit kepala, tinggi dan berat baby sy semua dah keluar graf merah. Pakar kata kes yg jarang2 terjadi dan ukuran size baby sy mmg tiada dlm graf malaysia. Pakar tgh kaji graf pembesaran baby di US sebagai rujukan utk pastikan pembesaran baby sy normal. Tapi alhamdulillah baby sy aktif sgt dan tu yg buat pakar kata insyaAllah baby sy sihat cuma perlu kawal hormon. Buat masa sekarang belum ada ubat yg sesuai utk kawal hormon baby. Pakar masih lg mengkaji. Berbalik pd cerita mak sedara sy, paling tak boleh nk brain bila mak sedara siap kata baby sy tertukar masa dkt hospital. Lg pulak muka baby takda iras sy atau suami. Anak mak sedara sy siap nk bawak baby sy naik motor sbb baby sy besar jd nk layan mcm bdk2 setahun lebih. Dgn cium baby sy sambil merokok. Husband sy sendiri tak merokok. Sampai nk balik pun mak sedara still tak percaya tu anak sy. Sebagai ibu mmg rasa terkilan sgt bila anak kena shaming mcm tu even dah beritahu masalah anak facing dgn pakar skrg ni.. doakan baby sy sihat ya.. hopefully pembesaran baby sy akan back to normal mcm baby lain.. doakan sy juga kuat hadap mulut puaka sedara mara lepas ni.. aamiin ☺️ #ibuygtersakiti #First_Baby #firstmom #needsuport

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

amiin , semoga baby awak okay n normal mcm baby2x lain. jgn fikir negatif okay. bab kena kata tuh, better jauhkan diri la. biar la nak kata apa, tambah dia duk shaming ,perli2x mcm tuh. buat stress je. da tak faham bahasa ,geram pula rasa. 😌 .

10mo ago

Aamiin aamiin aamiin 🤲🏻🤲🏻 semoga doa yg baik berbalik pd keluarga Puan juga ☺️ betul.. sekarang ni sy pilih jauhkan anak dari sedara mara selagi anak tak cukup setahun. Penat explain keadaan baby tp still tak percaya. Mcm nk lekat je sijil lahir dekat muka bg org stop argue umur baby..

TapFluencer

8Mudahan Allah kurniakan tumbesaran yg sihat walafyah buat anak puan. Lepas ni, elakkan jumpa mak sedara tu. Take a good care.

Baca lagi
10mo ago

Elok dah tu keputusan puan tu. Bawa jalan2 ke taman dan cuti2 sendiri OK dan jumpa keluarga terdekat dan faham, OK. Kena ada good vibes surroundings. Sama, aaminn