Sha profile icon
GoldGold

Sha, Malaysia

Contributor

About Sha

Preggers

My Orders
Posts(22)
Replies(17)
Articles(0)

MRI KEPALA BABY SBB UBUN LAMBAT TERTUTUP

Assalamualaikum.. Hi Moms.. Hari ni sy scan ultrasound dgn Dr pakar dkt hospital. Anak sy umur 13 bulan. Kena refer pakar sbb ubun kepala masih belum tertutup sepenuhnya. Hasil keputusan ultrasound Dr pakar kata kepala anak sy normal cuma mungkin jenis ubun anak sy lambat tertutup. Lepas scan sy dgn husband pergi semula ke pakar kanak2 untuk bg keputusan ultrasound tapi pakar kanak2 mintak anak sy segera buat MRI sbb nak pastikan ada air dalam kepala atau tak. Bila ditanya apa risiko MRI utk baby katanya 0.1% kematian atau terjadi sesak nafas atau mungkin juga terjadi allergy pd baby sbb sebelum MRI baby akan disuntik cecair biru dan berpuasa semalaman. Tindakbalas cecair tu yg akan memberikan kesan pada baby. Baby juga akan diberikan ubat tidur yg akan bg kesan pada baby juga sma ada muntah atau sebagainya. Anak sy tiada simptom hydrocephaly dan pakar dah check pembesaran anak normal. Tak pernah muntah atau sawan. Alhamdulillah. Pakar ultrasound sendiri sahkan kepala anak sy normal tapi disebabkan ubun lambat tertutup bahagian pakar kanak2 keep pushing us utk MRI. Sebagai ibu yg menjaga anak setiap masa sy yakin anak sy sihat dan normal macam Dr pakar ultrasound kata. Cuma mungkin progres ubun dia slow sikit berbanding baby lain. Pada pendapat ibu2 semua perlu ke sy buat MRI dan risikokan kesihatan anak demi kepuasan org lain? Anak sy langsung tiada simptom hydrocephaly (kepala besar) seperti muntah, bantut, kurang selera makan, mata takda eye contact atau sebagainya. Anak sy alhamdulillah progres sgt smooth. Syukur pd Allah. Ada tak ibu2 yg baby pernah buat MRI? Boleh sharekan ke? Risau sangat. #anak_first #First_Baby #PleaseAdvice #Needadvice

Read more
 profile icon
Write a reply