Tak nak dengan papa

Assalamualaikum mommy. Maaf soalan agak pelik. Tapi saya dah buntu sangat, tambah lagi ini anak pertama dan pertama kali jadi ibubapa. Anak perempuan saya baru masuk 1 tahun, fully susu badan, dan saya working mom. Masalah saya, Anak saya ni dia tak nak dengan ayah dia. Maksud saya, dia akan meragam, menangis, marah contohnya baling barang bila ayah dia dukung dia. Sampai suami luahkan kat saya, yang dia sedih sebab anak dia tak nak dengan dia. Anak saya ni mesti nak dengan saya. Nampak je saya ke dapur, dia merangkak dari ruang tamu sampai ke dapur untuk ada dengan saya. Sampai saya nak mandi, nak masak pon susah. Saya dah tunjuk ajar suami saya untuk pujuk atau ambik hati anak, supaya bonding tu wujud, tapi semuanya tak berjaya. Saya buntu, sebab dah lama dah benda ni jadi. Saya faham, dia budak lagi. Kecik lagi. Tapi bagi saya, andai kata saya ada di luar kawasan, suami terpaksa jaga anak mcm mana. Takkan nak mama dia juga. Apa pendapat mommy? Ada tak tips tak untuk create bonding anak dengan suami saya?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sblm tu nak tanya..semasa ank kecil (0-12bln) ada tak ayahnya buat aktiviti sama2 dgn ank. cth mcm mandikan, tukar baju, tidurkan, bg makan.

2y ago

terima kasih atas respon. ada tapi tak sebanyak mamanya. ada juga dia bantu basuhkan najis dia, tukar pampers, suapkan makanan, Petang² selalu bawa ronda² naik motor . anak saya okay sangat kalau dapat jalan² naik motor dengan papa dia. bila dah sampai rumah, mula la dia tak nak kat papa dia balik.