susu ibu
Assalamualaikum mommies... Bulan ke berapa susu badan akan mula keluar sebelum atau selepas bersalin? Saya baru 3 bulan pregnant.. Tapi breast da mula sakit2 berdenyut..

Waalaikumussalam sis, tentang susu ibu ni sebenarnya berbeza ikut individu. Macam juga pregnant, ada orang alahan teruk ada orang takde alahan langsung. Macam tu juga susu. Ada orang bila anak lahir terus ada susu banyak. Bak kata orang mencurah2. Ada orang sampai dah seminggu pun, susu tak berapa keluar. Sampai kena beli ubat kat farmasi untuk keluarkan air susu. Saya cadangkan sis start amalkan natural milk booster sejak mengandung. Kurma kering tu. Rebus dan minum air dia. Lagi satu tips drpd kawan saya, masa dah 3rd trimester tu, pergi berurut lancarkan air susu. Urut dada. InsyaAllah, lahir2 je baby terus ada air susu. Semoga dipermudahkan urusan ye. Aamiin 🤲🏻
Baca lagi