Due date 21/10, selamat melahirkan 19/10
Assalamualaikum mommiees alhamdulillah selamat melahirkan baby boy pagi tadi 3.305kg. Heee. Secara normal, mild contraction sebab boleh tidur dalam labour room masa contraction tahu tahu dah 10cm. Proses meneran baby lebih kurang 5 minit je. Alhamdulillah, izin Allah semua ni. 18/10 saya ada posted turun lendir jernih macam jelly, never give up buat exersice lagi, pukul 4 pagi keluar lendir berserta darah, 8 lebih baru pergi hospital and 3cm dah. Lepastu tahan wad lah cam biasa lah senua tu. Saya dah discharge. Alhamdulillah. So, anak kedua ku sayang... semoga sihat selalu.