Polisi Privasi Garis Panduan Komuniti Peta Laman Web
Muat turun app percuma kami
Assalamualaikum ibu² yang berpengalaman dan juga first mom. Awal pregnancy sampai awal trimester ke-2 morning sickness saya teruk sangat sampai berat drop 7kg... Masuk trimester ke-2 alhamdulillah berat dah kembali normal. Saya dah boleh makan macam biasa. Sekarang dah nak masuk trimester ke-3, 2 hari lepas saya muntah² teruk sangat sampai pengsan kat sinki (tempat last saya muntah) . Saya tak jumpa doktor sebab lepas sedar saya rasa baby ok je ada gerak² dan perut saya takde cramp atau sakit. Takde nampak cecair atau darah keluar dari vagina saya. Hari berikutnya saya aktif dan makan macam biasa. Semalam saya dah mula rasa mual tapi takde muntah dan kejap je mual. Harini saya muntah banyak sangat. Tak boleh makan apa². Minum air masak pun muntah. Mommys yang berpengalaman tahu tak kenapa dengan saya? Perut saya okey dan saya rasa baby gerak macam biasa. Keadaan saya serius ke? Sebab saya masih tak rasa macam nak jumpa doktor. Tolong jangan kecam saya. Saya pesakit mental dan mudah sentap dengan komen kasar. Terima kasih atas nasihat mommys. #firstmom
Pesakit MDD, BPD dan Bipolar. Mohon mommy menggunakan bahasa yang positif dengan saya. Terima kasih
Alahan boleh berpanjangan, kadang tu hilang sekejap, then boleh muncul semula. Tapi, sampai pengsan tu agak teruk juga. I sarankan jumpa je doc untuk further checking, walaupun you rasa okay.
next check up appointment dah dekat dan saya akan tanya nurse. Tapi andai kata esok masih berlarutan saya akan jumpa doktor. Terima kasih mommy. ❤️
Sis, saya bru rasa nak pitam, blum pengsan lg.. Trus masuk wad kna pantau.. Better trus ke emergency…
Baiklah insyaa Allah esok saya ke hospital jika berlarutan sebab sekarang saya rasa dah okey. Terima kasih. ❤️
Airin Jung