Bila bangun pagi tangan anak sy tidak boleh angkat😭

Assalamualaikum, ibu2 siapa ada pengalaman mcm sy. Pada 15/5 lalu baby sy bjarum untuk 9bulan MMR.asa hari dia d suntik tu dia takde meragam apa2. Hari kedua dia d suntik sy nak dukung dia nak susukan. Dia menangis mcm kena pukul. Start dari sana sy perasan dia tak berapa nak gunakan tangan kiri dia tempat yg kena jarum tu. esok nya sy ke emergency sbb perasaan baby sy tak aktif mcm selalu. Sampai emergency buat x-ray sy explain kat doktor mcm mna keadaan baby sy. Lepas keluar result x-ray semua okay takde apa2. Doktor bgi ubat tahan sakit dn kalau risau boleh dtg utk check balik. Selang seminggu pada isnin 20/5 sy ke klinik berbayar untuk kepastian lgi. Bila doktor cek semua tangan dekat bgahian bahu tu takde bengkak or kmerahan. Cuma bekas suntikan tu ada la kebiru-biruan sedikit. Doktor tu tanya dia baru kena jarum ke? Sy jawap yaa. Oh tiada masalah sbb otot dia mengalami keradangan doktor tu ckp. Sy balik rumah dan bila sy cuba nak tingikan tangan baby sy dia akan menangis betul2 dia rasa kesakitan. Dn bila bangun pagi baby sy menangis2 kesakitan. Sampai la hari ini sy pegi ke emergency lgi sekali lagi, doktor check baby sy sudah la takut orang. Sepanjang dgn doktor tu baby sy menangis je. Bila sy terangkan doktor tu boleh2 pula ckp 'KAMU DTG SINI SEBAB KAMU RISAU' ya Allah nak tumbuk je mula doktor tu. sy terangkan keadaan baby sy. Doktor tu cuba tingikan tangan baby sy. Bila doktor tu tingikan tangan kanan baby sy okay je dia sbb sy dukung, dan bila doktor tu cuba tinggikan tangan baby sy kiri kanan. Sampai satu tahap tu bila doktor tinggikan tangan kiri baby sy, sy perasaan yg badan baby sy akan ikut sbb dia rasa sakit. Doktor tu ckp ni sy angkat kiri kanan pun nagis juga. Terus doktor tu ckp masuk wad la jumpa pakar. Sy tak tau. Ehh dalam hati sy doktor tak guna! Sy ibu pada anak sy. Sy tahu la keadaan baby sy, dia sihat atau tidak. Sampai sy menangis kat situ. Lpeas ambil darah dan x-ray sekali lagi. Keputusan darah dan x-ray semua okay. Maaflah type panjang2 maaf juga kalau ayat bertarabur. Adakan kesan suntikan MMR itu menyebapkan tangan baby sy dia rasa sakit bila sy cuba nak tinggikan dia? Atau pn tangan babay sy terseliuh? Tujuan sy nak tahu mana tahu ibu2 pernah mengalami. Ni dh 10 Hari dari baby sy kena jarum MMR. Takan lengun kesan suntikan tu belum hilang? Kalau betul terseliuh sy nak cuba minta urut. Mohon ibu2 kalau ada siapa2 yg pernah mcm sy ni komen ya. Sy dh menagis hari2 kesian tengok baby sy😭😭 kalau sakit nagis je😭 #SeriusTanya #bantujawab #firstmom

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham betapa susahnya melihat anak yang mengalami kesakitan. Tidak dapat membayangkan betapa kesusahannya hati ibu melihat anak menangis kesakitan setiap hari. Mengenai kesan suntikan MMR, ia sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh disebabkan oleh reaksi badan individu terhadap vaksin itu. Adakalanya kesan sampingan seperti kelemahan pada tangan atau rasa sakit boleh berlaku, tetapi ini adalah amat jarang berlaku. Jika tangan anak anda tidak boleh diangkat dan dia merasa kesakitan kadang-kadang, adalah lebih baik untuk mendapatkan pendapat pakar pediatrik. Jika doktor menyarankan untuk mendapatkan urut, maka itu mungkin menjadi satu pilihan untuk membantu meredakan kesakitan yang dialami anak anda. Anda jelas sangat prihatin dan sayang kepada anak anda, dan itulah sikap seorang ibu yang baik. Teruskan memberikan sokongan dan kasih sayang kepada anak anda, dan jangan ragu untuk mendapatkan bantuan profesional jika perlu. Semoga anak anda cepat sembuh dari kesakitan yang dialaminya. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Inshallah baby baikΒ² saja tu .. ibu Jangan risau ye .. sebab lepas cucuk tu memang baby akan sakit muscle dia @ Tempat cucuk tu. Jangan tinggikan Tangan dia atau Lakukan pergerakkan paksa sbb ibu dh kira sakitkan tangan dia. paksa tekan muscle dia yang kena cucuk tu. sbb tu baby Menangis. mcm kita Lepas cucuk vaksin kan tangan akan jadi lemah, rasa lenguh .. tak boleh angkat tangan, nak pusing ke kanan ke kiri ke depan ke Belakang pun rasa lenguh sbb otot tu yang sakit. kalau test x-ray dan test darah dah ok, xde kesan benda yang abnormal, Bermakna baby sihat lah tu inshallah. ibu bertenang ye . saya dah anak 3. saya pernah alami jugak

Baca lagi
4w ago

Tangan anak puan pun tak boleh angkat tinggi ke? Anak sy bila bangun pagi mesti akan menagis mungkin dia kesakitan dan tak bgi tangan dia gerak. Bila lama sikit baru dia boleh gerakkn tangan dia, boleh main mcm biasa tapi still tak boleh angkat tinggi btl tangan dia. Sy dh fikir nak pegi jumpa tukang urut😭 mana tau terkehel ke apa. Tak sangup tengok anak bangun pagi mesti nagis😭 kalau btl effect vaccine tu moga la hilang cpt. Ni dh seminggu dh 😭 tlg doankn anak sy supaya cpt sembuh 😭

π‘˜π‘Žπ‘™π‘Žπ‘’ π‘π‘Žπ‘”π‘– π‘ π‘Žπ‘¦π‘Ž 𝑠𝑒𝑠 π‘›π‘œπ‘Ÿπ‘šπ‘Žπ‘™ π‘Žπ‘›π‘Žπ‘˜ π‘ π‘¦π‘Ž 𝑝𝑒𝑛 π‘šπ‘π‘š 𝑑𝑒 π‘˜π‘™π‘€ π‘‘π‘Ž 𝑑𝑖 π‘ π‘’π‘›π‘‘π‘–π‘˜ π‘₯ π‘›π‘Žπ‘˜ 𝑑𝑖 π‘ π‘’π‘›π‘‘π‘’β„Ž,, π‘Žπ‘π‘Ž 𝑙𝑔𝑖 π‘˜π‘™π‘€ π‘˜π‘’π‘›π‘Ž 𝑑𝑖 π‘π‘Žβ„Žπ‘Ž π‘‘π‘–π‘Ž π‘˜π‘Žπ‘ π‘–β„Ž 𝑔𝑛𝑑𝑒𝑛𝑔 π‘˜π‘Žπ‘˜π‘– π‘›π‘¦π‘Ž πŸ˜†π‘›π‘‘π‘Žπ‘˜ π‘‘π‘–π‘Ž π‘šπ‘€ π‘–π‘›π‘—π‘Žπ‘˜ π‘˜π‘Žπ‘‘ π‘™π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘– π‘˜π‘Žπ‘™π‘Žπ‘’ π‘ π‘Žπ‘¦π‘Ž π‘π‘Žπ‘”π‘– π‘‘π‘–π‘Ÿπ‘– π‘‘π‘’π‘”π‘Žπ‘˜

Baca lagi

Cuba bawa jumpa doktor pediatrik kat hospital swasta? Tak payah masuk wad kalau tak perlu. Anak saya dah hampir 2 tahun. Semua vaccination side effect, kalau ada, adalah letih dan demam. Tangan semua okay, boleh gerak. Selain BCG yg cucuk kat lengan, selebihnya cucuk kat peha atau punggung. Anak saya ada cucuk kat KK dan hosp swasta.

Baca lagi
4w ago

Anak sy asal bangun pagi mesti nagis dulu, dan tangan kiri dia tak bgi gerak langsung. Bila lama sikit baru bole dia gerakan, dia bole main mcm biasa cumanya bila sy nak tinggikan tangan dia tak boleh dia akan menangis, bila buat kat kanan elok je. Sy dh binggun dh kalau btl la effect vaccine tu semoga la cpt hilang. Sy tak sangup dh tengok anak tiap bangun pagi mesti nagis yg dia kesakitan😭

VIP Member

klau dh x-ray xde ape..y not ibu try tuan dgn ais..bg dia cool down..mgkin dia dh sakit sgt tu..nk urut xleh.so u tuan..bg dy relax...klau ad gel tu lg better ,msok peti ais..kuarkn..balut tmpt sakit tu...few days tgk makin better x...sbb dy ccuk..

Tolong siapa2 baca pos ni, doakna anak sy cpt sembuh. Sy dh la first mom. Sy pula jenis yg cpt menangis kalau pasal anak😭. Tiap malam nagis bila tengok muka anak sy😭 Mohon doakan anak sy cpt sembuh ya ibu2. Terima kasih.

utk vaksin 9bulan ni agk kuat dari biasa. ank sy smpai demam panas, cirit birit. tapi alhamdulillah lps dari tu ank sy jarang sakit. cuma nk tanya tt, lps kena suntik tt ada buat apa2 dkt kwsn cucuk tu? cth tuam atau usik2 situ.

4w ago

Masa first day cucuk tu, anak aktif mcm biasa. Secom day pun, bila sy nak dukung nak susukan dia tiba2 dia menangis kuat mcm kena pukul. Adakah sy tersalah pegang dia masa nak susukan? Mengakibatkan bahagian ketiak dia tergesel sikit dan maybe terseliuh? 😭 kalau tu sbb nya sy la yg salah. Ya Allah 😭

puan tak salah rasa tu, tp puan salah hospital. tukar la cari hospital lain. seliuh kalau sy sendiri, seliuh kan sendi, tak tunggu angkat baru sakit, sentuh kat penyambung sendi tu dh sakit dah. puan try dah?

3w ago

otot la kot.. pagi sejuk lg sakit, itu yg nangis kot.. budak sakit mmg merengek mak, lagi yg tk reti nak bagtahu sakit apa sakit kat mana sakit macam mana tu.. sabar ya puan, if penat take turn dgn husband tau, jgn sorang2.

Terbalik dgn ank sy..baru cucuk 9m smlm..xade demam n mcm xsakit lgsung,tempat cucuk pun ok..,yg sebelum nie tiap kali cucuk demam je n merah paha area cucuk, so sy egt cucuk nie dos xkuat

nak tanya sbb tak tahu bby mmg cucuk dekat lengan ke bukan akan dicucuk dekat peha sbb baby saya cucuk 9 bulan dkt peha

3w ago

saya baru nak tanya soalan ni jugak bukan baby akan cucuk di peha ke maaf saya pon tak tahu