Cara berdamai dengan takdir

Assalamualaikum ibu² semua, saya baru sahaja gugur 5 minggu lepas. Kesedihan masih tersisa, setahun lebih saya tunggu untuk dpt kan anak pertama. Alhamdulillah, hanya diberikan rezeki 7 minggu merasainya. Saya masih mengharapkan saya cepat dan mudah mengandung kembali. Setelah gugur, period saya belum datang lagi.. upt pun negative. Masa gugur haritu doctor ada suspect saya pcos, tp belum confirm sbb kena lalui beberapa test dahulu. Saya down sgt. Nak tahu ada tak ibu yg mengalami seperti saya dan berjaya hamil?

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

wasalam. adakala redha tu perlu bila sesuatu pkara terjadi. Ada hikmah disebalik semua tu dlm 3 tahun tempoh pkahwinan sy, sy diuji dgn 2kali keguguran...yg pertama disebabkn kndungan kosong, yg kedua kandungan tak berkembang (janin kembar tiada heartbeat pd usia 14w). Dan dktr pakar juga suspect sy PCOS. Sy akui sgt trauma dgn kejadian itu..tapi kami suami isteri redha, merelakan apa yg terjadi tu sbg pengalaman dan iktibar buat kami. dari situ sy cari byk ilmu tntg PCOS, cara utk kawal dan dgn guidance Alhamdulillah setelah 1tahun6bulan berlalu, sy disahkan mengandung semula..dan selamat melahirkan seorang puteri setelah 3 tahun menunggu. Allah akn beri rezeki pd detik dan waktu yg sgt tak dijangka. so cheer up ya. jgn sedih2 😊

Baca lagi
2y ago

Sy ambil masa +/- 1 bulan utk period semula.