KELIRU TTG PERANCANG KELUARGA

Assalamualaikum ibu2. saya firstmom anak dah 5 bulan. masih belum dapat period yg pertama (anak full breastfeed) x reti pacifier dan botol. Saya nak tanya, dalam tempoh tak period ni kalau bersama suami, perlu makan ubat perancang ke ? kalau makan ubat perancang mana yang tak effect susu badan ye ? atau kalau taknak ambil perancang , ok ke tak period2 , sebab ada misi yang takutkan saya atleast dah kena period dalam baby 6 bulan sbb takot kita ada cyst. lepastu kalau tak period ni kan, kalau suami pancut dalam ada chance ke kita mengandung lagi ?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumsalam. Ibu yang fully BF anak boleh tak datang bulan up to 2 years. Bergantung pada hormon prolactin yang ada dalam badan. Dan situasi ini juga normal. Kenapa 2 tahun? Sebab selepas 2 tahun perlu wean off. Saya tak pasti dari mana nurse tu dapat info. Apa yang saya beritahu awak ni info daripada my Gynae. Sebelum bersalin hari tu, gynae dah terangkan soal ini pada saya. Jadi saya tak panik bila saya datang bulan 7 bulan selepas bersalin. Soal perancang, maaf saya tak tahu. Saya tak ambil sebarang perancang. Rancang sendiri sahaja. Alhamdulillah sekarang anak sudah berusia 16 bulan.

Baca lagi
2y ago

Tenkiu taw bg pandangan