MENU DIET SESUAI TAK UNTUK IBU HAMIL?

Assalamualaikum. Hai. Saya first time preggy. Sy nk tanya kalau masa hamil kita makan macam diet boleh tak? buat dsss ke? Sy cuma risau berat badan naik byk dan risiko penyakit bila nak melahirkan. Sbb sekarang ni pun sy dah obes sikit. Waktu awal2 tahu preggy sy ambik nasik banyak sbb nk baby cukup nutrisi tp sy rasa mcm silap pula bila fikir balik. Boleh mommies share cara pemakanan mommies waktu preggy? #firstmom #SeriusTanya #ingintahu #bantujawab #bantusharing

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumsalam. Tahniah kerana bakal menjadi ibu! Makanan memang penting ketika hamil untuk memastikan anda dan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi. Memang sesuai untuk anda amalkan diet yang sihat. Anda boleh cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan seperti nasi putih, dan menggantikannya dengan bijirin yang lebih sihat seperti quinoa atau gandum utuh. Pastikan juga untuk mendapatkan protein yang mencukupi melalui sumber-sumber seperti daging tanpa lemak, telur, atau kacang-kacangan. Selain itu, pastikan juga untuk mendapatkan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini akan membantu memastikan anda mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Elakkan makanan segera dan makanan tinggi gula serta gorengan yang tidak sihat. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi setiap hari. Dan yang paling penting, jangan lupakan senaman ringan seperti senaman prenatal yoga atau berjalan kaki. Ini semua membantu menjaga berat badan anda dan kesihatan secara keseluruhan. Semoga tips ini membantu anda dalam pemakanan ketika hamil. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan anda. Selamat menjalani pengalaman keibuan yang indah! ❤️ #mommycommunity #pregnancydiet #healthypregnancy https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Waalaikumussalam, sy pun lebih berat sblm pregnant lagi tapi belum tahap obes. Nurse xbagi makan banyak sgt sbb bimbang baby besar n GDM. Sy control diet makan tapi jgn la sampai angin2 badan. Alhamdulillah dah 7 bulan berat badan cuma naik 5.6kg. Nurse ke doktor cakap ok je asalkan jangan ganggu perkembangan baby. Baby sy skrg berat 1.2kg & air ketuban cukup. Diet yang betul cukup karbohidrat, protein, mineral, vitamin, air mencukupi untuk badan (20kg=1liter air) & ubat darah (iberet) jangan tinggal.

Baca lagi

Sangat bagus sis sy kes pas raya 2kg terus naik ye hahaha dah kena minum air gula alhamdulilah lepas, my advice dlm smggu sila limitkn mknan bgoreng and trust me lebihkn sayur pcyaala mmg kenyang sgt perut smpi xmampu nk pk kudap2 lain hahaha insaf sbb kena minum air gula byk kali pdhal br 21week,sayur tu varietykn masak tumis sup sedapp kot hahaha

Baca lagi
1w ago

sy baru 7w.. ni alahan..makan pun select lagi..sayur dah lama tak makan sis.. macam tak boleh je makan. terbayang pun rasa nak muntah. ke awal2 je mcm ni... lepas ni da boleh makan?¿ #firstmom

Boleh je diet, xde mslah. Sy dlu pregnant pn mmg kawal berat bdan. Sy target maximum 2kg per month ja boleh naik sbb mmg byk tu ja nurse benarkn naik berat. Any craving smua mmg sy tahan. Craving tu pn xda apa juga klu x mkn pn, nafsu ja melebih2 😂.

saya second trimester dalam sebulan naik 4 kilo.. maklum lah mood makan dan mengidam masih memuncak.. last last kna minum air gula .. nah sangkut gdm.. skrang gdm on diet.. makan lah cara dsss tu.. skrng dah third trimester.. 2 bulan lebih lagi to go🤭

3w ago

nasib baik nurse kat kk sya x perli sgt😂

Lebih bagus sebenar nya ambil makanan diet semasa mengandung ... Kalau boleh jgn terlalu ikut perasaan nak makan itu ini yg konon nya baby mengidam 😂 Nanti kalau berat naik dr skali di tetapkan .. kita yg susah kena ulak alik ke KK

DSSS tu cara pemakanan sihat lah tu, bagus. jangan buat dengan target untuk turunkan berat badan. means jangan limit kalori ke etc. nak baby banyak zat jangan banyakkan nasi (karbo), banyakkan protein, sayur2 dan lemak sihat.

Make sure ur makros is complete at every meal, Less refined carbs, more on complex carbs, double up ur protein ☺️ Never skip ur meals and always swap to healthy snackings like fruits/apple/banana & milk

Baca lagi

Sy pn br preggy.. mmg dh tlebih bmi.. blh th x dss ni diet yg cmne.. sori sy 1st pregnt mgkn x fhm sgt bhaa singkatan..😅

4w ago

diet suku suku separuh. saya pun comment ikut owner, macam style je dsss. mula2 fikir juga amenda tu. 🤣

makan makanan yg sihat, utamakan real food, kurangkan gula dan pemanis. insyaAllah baik utk ibu dan anak