Missed miscarriage
Assalamualaikum. Doc dah sahkan kandungan missed miscarriage di usia kandungan 13 minggu. Sedih tapi positif Allah nak bagi rezeki yang lebih baik lepas ni InshaaAllah ☺️ ada yang pernah buat D&C tak? Nak tau procedure sebelum & lepas cuci. Kena pantang macam orang bersalin jugak ke?


Saya dah keguguran 3 kali.. Qadarallah (takdir Allah) .. So for saya blm pernah dnc sebab doctor akan sarankan biarkan keluar secara natural.. Kerana kandungan saya masih 7 minggu waktu itu... Jadi doctor sarankan kan biar keluar sendiri. Saya setiap 2 minggu sekali akan jumpa doc sebab dia nak tengok apakah masih ada sisi dalam rahim saya.. Jika masih dia tambahkan lagi 2 minggu lagi jumpa dia..jika tak ok baru dia akan bagi ubat supaya boleh keluarkan sisa itu.. Dnc itu adalah paling terakhir utk dia sarankan pada saya.. Kerana saya plan nak mengandung lagi jadi dia bagi saran agar natural saja..
Baca lagi