Pedofilia - Individu Dewasa Tertarik Pada Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sini saya nak ingatkan, berhati-hati ketika muatnaik gambar anak ye. Terutama tidak berbaju. Ini untuk mengelakkan anak menjadi mangsa pedofilia yang kini makin menjadi-jadi. Saya tahu itu anak kalian, tetapi penjenayah pedofilia mencari mangsa tak kira pangkat, darjat malah sesiapa pun untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu. Ingat tak kes baru-baru ini, kanak-kanak dipeluk dari belakang oleh individu lelaki yang tidak dikenali? Ya! Dia adalah penjenayah pedofilia. Sebagai ibu bapa, kita harus memantau dan menyekat gambar anak kita. Dah banyak kali pihak berwajib memberi nasihat, teguran, tetapi malang! Masih ramai ibu bapa yang menganggap perkara ini adalah perkara remeh. Rajin-rajinkan lah mencari cerita pedofilia ini. Ini adalah langkah berjaga-jaga daripada anak kita menjadi mangsa manusia yang mempunyai nafsu liar. Tambahan, mereka boleh jadi atok, pakcik, bapa, rakan anda, jiran atau sesiapa sahaja. Beringatlah, anak kita amanah dari Tuhan. Jaga mereka, didik mereka tentang apa yang PERLU & TAK PERLU ketika berhadapan dengan orang lain. Pendidikan seks bukanlah berkaitan cara membuatnya, tetapi pencegahan awal, anatomi badan anak yang perlu dijaga, apa yang perlu dibuat sekiranya bahagian tertentu disentuh oleh seseorang. Boleh baca : 1) https://says.com/my/seismik/fakta-mengejutkan-tentang-pedofilia-yang-wajib-diketahui-oleh-ibu-bapa-di-malaysia 2) https://m.utusan.com.my/berita/nasional/pedofilia-ajar-anak-perkataan-sebenar-bukan-poen-bebird-bunga-1.941773 3) https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/259503/amp Sumber gambar : Google

Pedofilia - Individu Dewasa Tertarik Pada Kanak-kanak
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Tq