Biji Merah Di Muka
Assalamuaalaikum semua, saya nak tanya kalau2 ada ibu yang pernah alami masalah yang sama. Baby saya dah masuk 5 bulan 2 minggu. Tiba2 masuk minggu ni (sudah 4 hari) naik penuh bijik2 merah macam ruam di muka. Mula2 naik di pipi, lepas tu merebak habis 1 muka. Dia takde garu2 gatal pun. Dan naik di muka je, tempat lain tangan kaki badan leher tak ada. Kalau nak kata peluh, dia duduk dalam aircond, takde lagi setakat ni sebab peluh. Ada orang cakap punca susu tak sesuai sebab minum susu formula penuh skrg ni takde campur bf. Ada ke pernah jadi macam ni juga?