Cara diet gdm masa megandung
Assalam...nak tnya untuk ambik bacaan bsp, kena ambik hari2 atau tarikh yg diberi sahaja...? boleh share cara pemakanan...?


W'salam, sharing pengalaman saya. BSP biasanya ikut pada tarikh yang doktor bagi. Selalunya 2 minggu sekali. Tapi kalau awak ada glucometer di rumah, boleh jer kalau nak pantau sendiri. Saya buat selang 3 hari. Waktu makan:- Sarapan - sebelum 8 pagi Lunch - sebelum 12 tgh Hari Dinner - sebelum 6 petang in between kalau lapar, makan makanan yang kurang gula. Sayur & buah adalah yang terbaik. Saya kurangkan nasi, selalunya hanya makan 2 sudu besar. Selebihnya saya top up dengan sayur dan lauk (ikan, ayam, daging). Minum air ikut keperluan BMI (berat badan). Biasanya saya akan letakkan hirisan lemon dalam air. Consistently makan vitamin, jangan tinggal. Saya juga amalkan vitamin C & calcium. Last, kena tahan nafsu craving especially kalau jenis yang tak boleh miss desert macam cake & chocolate. Sekali sekala, boleh lar cheat day. In Shaa Allah, kalau betul2 jaga.. tak kan melarat. Hopefully hanya GDM masa pregnancy. Harap tips ni dapat membantu. Good luck! 💞
Baca lagi
Mumsy of 1 sunny cub