Berapa lama nak jaga gap kiri kanan

Assalam Mommies.. sy ada kemusykilan.. sy new mum and full bf. Tak lama lagi nak masuk kerja dah. Masa awal2 bersalin sy dah buat kesilapan dimana sy pump terlalu awal sebab baby belum pandai latch. Tapi sekarang sy happy sangat dapat bf baby. Masalah sy, disebabkan sy dah banyak stock masa awal2 tu, and baby skrang dah boleh tido lama time malam, sy biar je breast bengkak and penuh. Kadang kala ada sy marmet juga, tapi tak habis. hanya nak lega2 je. And sy faham tu semua boleh jadi punca susu drop.. Soalan sy, 1) Macam mana mommies set kan jadual waktu malam selepas balik dari kerja? memang gerak baby untuk bf untuk kekalkan rangsangan atau prefer pump? Kalau nak bf sampai 2 tahun, so selama 2 tahun lah ye kena bangun malam2 untuk keep rangsangan tu? 2) Sebagai full bf, macam mana mommies balance-kan kiri and kanan untuk terus bagi ransangan tanpa gap terlalu lama? usually 1 sesi menyusu, 1 breast je kan? so breast lagi 1 tu akan gap untuk sesi baby menyusu seterusnya. Mohon minta pendapat.. Terima kasih kerana sudi baca kemusykilan sy🙏🏻

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

1) awak dah oversupply. pengeluaran susu badan awak melebihi demand baby minum. awak kena cari jalan utk atasi masalah oversupply awak dulu. 2) macam saya 1st baby sy fully epmom (exclusively pumping mommy) sampai umur baby setahun 2bulan stop sebab pregnant 2nd baby. jadi mmg dr pagi sampai malam mmg sy akan pump. utk kekalkan demand dan supply saya. untuk 2nd baby sy hanya pump waktu kerja dan mlm baby mmg directfeed. melainkan baby tido melebihi waktu selalu dia bangun je sy akan pump. if dia bangun as usual mmg sy directfeed je. sbb nk basuh bekas pump sy sgt mls. dh pernah jadi epmom😅. sgt memenatkan. time baby bangun dn time sy pump tak sama selagi demand dan supply awak ada. inn shaa allah susu badan awak boleh maintain smpi 2tahun.

Baca lagi
3mo ago

most wc awak😊. sorry lambat balas sebab awak reply tak naik notification dkt sy. sy xsure kenapa. melainkan sy buka balik semula soalan awak baru sy nampak. sy pon mommy yg berkerja. pump di office dan dirumah baby directfeed. 1) saya tak pump bila dekat rumah awak. sy bagi baby directfeed je. contoh mula2 baby hisap kiri. next session sy bg kanan pula. sy akan pump melainkan baby mmg tido xjaga langsung😂. 2) tak perlu. melainkan awak pump habis tp masih rasa berat. mean yield tak habis. awak boleh marmet. marmet ni fungsi dia utk mengoptimakan pengeluaran susu dan mengurangkan risiko terkena bengkak susu. 3) kalau baby mmg hisap sebelah je. awak boleh buat tandem pumping. mean sebelah baby hisap sebelah awak pump. hee. xpe boleh je nak tanya. sy jawap apa yg sy tahu😊. inn shaa allah awak boleh buat❤️. sy pon lagi half nk habis. baby dh nk masok setahun sebulan😁

Apa rahsia awak sampai oversupply ya? Saya pun pump time dalam pantang sbb baby lambat latch. After 2weeks baru df tp saya susah betul nk banyakkan ebm buat stock. Saya df 2 - 3 jam sekali. If dah almost 3 jam baby belum bangun baru saya pump tu pun dpt hampir 2oz je sebelah. Lagi sebelah standby baby df once baby bangun tp baby mcm tak cukup susu. Saya kena topup ebm 1oz. Kdg dah takda stock, kena topup formula lepas df.

Baca lagi
3mo ago

maybe awak boleh jumpa pakar penyususan🙏🏻🙏🏻