Baru bersalin pagi td. Kene jahit bawah 3 lapisan
Assalam hai sy bru bersalin ank pertame pg td. Kalau batuk n bersin bahaye tak...jahitan ty boleh terbuke tak.. skrang xrse pape lg sbb mkn ubat tahan sakit..
Wassalam..saya pernah kena jahit mcm sis, kena jahit 3 lapisan. Biasa sebelum discharge nurse akan kasi ubat cuci luka. Setiap kali lepas mandi atau tukar pad letak ubat luka. Sis boleh minta suami cari ubat cuci luka lepas bersalin yg jenis spray tu mudah sikit sis nk bersiap kot2 anak meragam ke. Pad cari yg selesa sis pakai, yg jenis maternity panties atau pad. Ikut yg mana selesa dgn sis. Ubat tahan sakit tu biasa nurse bg utk tempoh seminggu ke dua minggu gitu. Kalau masih sakit, minta suami bawak ke klinik berdekatan utk dapatkan rawatan. Selepas bersalin nt nurse akan dtg ke umah utk check ibu dan anak.
Baca lagialhamdulillah. tahniah. selamat berpantang. kalau demam, cepat2 pegi hosp yea.. demam tu tak normal utk ibu lepas pantang. mcm2 boleh jadi. kite rasa demam biasa je. tapi dalaman kite taktau. kalau sy nk batuk, sy control. kepit kaki. risau jugak takut terbukak. sebab baru lagi
Syukur selamat bersalin. Czer ke vaginal birth? Kalau czer, cara saya bersin / batuk, kepit kaki dan tampung bawah perut dgn bantal/ tangan.
kalau saya .walaupun jahit luar je,nak batuk,bersin pun seriau.. better refer doctor kalau tak berapa sihat.
Awak tengah tak sihat ke? Jika ya, dapatkan rawatan sebelum melarat. Tak bahaya.
kalau normal, batuk je mcm biasa.. kepit sikit kaki
alhamdulillah tahniah puan dan slmt berpantang
seorang ibu ❣️