Bagaimana Tahun 2021 Anda?

Apakah yang boleh anda gambarkan tentang tahun 2021 anda? Min mula dahulu. Tahun 2021 Min adalah MENCABAR. Okay sekarang giliran anda pula!

Bagaimana Tahun 2021 Anda?
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

BERPERIKEMANUSIAAN Dengan sifat ini saya dapat menerap sifat-sifat lain kedalam diri saya sebagai seorang ibu, isteri, kakak, sahabat, ahli keluarga, jiran dan utama sebagai seorang manusia. Dengan pelbagai cabaran serta penat lelah dan emosi naik turun, saya sentiasa mesti mengawal emosi terutamanya amarah menguasai diri bila dalam keadaan penat atau kecewa. Bagi saya berperikemanusiaan kita akan sendirinya memotivasi diri untuk lebih bersabar, berfikir dulu sebelum bertindak dan melindungi orang-orang disekeliling mahupun kenala kita. Berperikemanusiaan ada pelbagai cara dapat kita lakukan antaranya, memahami keadaan anak jika mereka meragam atau dalam keadaan emosi yang tak dapat mereka mengawalnya. Jangan kita terus menggunakan nada kasar atau kuat ketika anak meragam, akan tetapi kita beri mereka pilihan atau jalan penyelesaian bagi sesuatu keadaan yang mereka hadapi. Jika seorang isteri, kita juga harus berperikemanusiaan kepada sang suami dalam memahami keadaan dan emosi beliau. Tidak semestinya kita perlu berdandan tebal atau jangan sentiasa telan apa yang hendak diluahkan, kita boleh memahami mereka dengan kurangkan tekanan ketika mereka pulang daripada tugasan luar atau bekerja. Caranya dengan pastikan mereka pulang disambut dengan keadaan rumah tidak berselerak dan tiada rasa pasir2 dilantai. Anak-anak dalam keadaan kenyang dan bersih agar mereka ceria serta emosi yang gembira ketika ayah mereka pulang.

Baca lagi