Persiapan ke hos

Apa yang wajib bawak kalau nak ke hos gov? Saya ni tak tahu. 1st pregnancy. Saya sediakan bendung baby,baju baby 3 set(sarung kaki tgn&kepala),pampers 6 keping,pad saya,pakaian saya,pastu barang mandian saya dan baby,selipar,stokin,charger,tissue basah&kering,vico,roti,apa lagi ye? Saya dh 38w. Nak standby barang.. Belum ada air susu lagi. Perlu bawak bf pump ke? Mntk tlg ya apa lagi yg perlu. Btw,kain batik saya tak guna. Takpandai. Guna skirt labuh je. Atau boleh guna kaftan tak? 😌 Tlg bagi tahu saya apa yg wajib bawak ye. Lepastu apa brg baby yg wajib ada dkt rmh tlg sngt2.. Last minute buat persiapan. Suami blm gaji lagi. Str tak dapat 😌 Mntk tlg sgt apa yg penting bawak dkt hos dak apa yg penting dkt rmh. Terima kasih semua.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

lampin kain bawa. ada sesetengah nurse nak baby newborn pakai lampin kain utk tengok kencing baby. kalau baby belum kencing,biasanya tak boleh discharge. termos,bekas makanan bertutup utk simpan makanan yg hosp bagi incase sis belum nak makan lagi. ada sesetengah hosp mcm tempat sy bagi makanan guna bekas yg disediakan hosp,jam tertentu kena bagi balik utk dibasuh. pakaian bawa utk dipakai masa discharge shj,sebab pakaian disediakan oleh hosp sepanjang duduk dlm wad. kaftan tak sesuai sebab kalau sy susah nak menyusukan baby. pampers sediakan banyak sedikit sebab baby kerap berak,takut tak cukup. kalau sy la, setiap kali nak bersalin,pakaian baby penuh 1 bag,pampers 1 pack,makanan minuman termasuk alat2 makan letak dlm bakul. rasa mcm duduk lama dlm wad. tp,hari ni masuk wad,esoknya sy discharge

Baca lagi
10mo ago

baik sis..terima kasih

Breastpump tak boleh bawa sis, diorang nak kita bf. Pampers bawa banyak sikit, 6 tak cukup tu sis. Skirt labuh tu untuk pakai masa discharge ja sis, sebab kat sana nanti pakai baju hospital ja. Bagi saya, barang baby yg paling penting tu standby minyak2 baby semua macam minyak telon, aid kit baby kalau selsema or kahak. Sebab kalau baby meragam, susah nak cari kalau last minute. Kalau order online nanti lambat sampai.

Baca lagi
10mo ago

Okay2.. Terima kasih sis ☺️