Mabuk hamil

Apa nak buat eh bila mabuk hamil teruk sgt? Loya dan asyik nk muntah je kadang sehari tu 3, 4x muntah. Mkn apa pun x boleh. Tolong sy

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

π—Œπ—’π–Ί π—‰π—Žπ—‡ π–½π—…π—Ž 𝗆𝖼𝗆 π—π—Ž.. 𝗍𝖺𝗄 𝗍𝗐 𝗇𝖺𝗄 π–»π—Žπ–Ίπ— 𝗆𝖼𝗆 𝗆𝗇𝖺 π—Œπ—‚π—Œ.. 𝗁𝖺𝖽𝖺𝗉 𝗃𝖾.. π—π—…π—‰π—Žπ—‡ π—‡π—Žπ—‹π—Œπ–Ύ 𝖼𝗄𝗉 𝗆𝗄𝗇 π—Œπ—‚π—„π—‚π—2 π—‰π—Žπ—‡ π—Œπ–Ίπ—†π–Ί 𝗃𝗀.. π—Œπ—†π—‰π–Ίπ—‚ π—Œπ–Ύπ–»π—Žπ—…π–Ίπ—‡ π—π—Ž 𝖻𝖾𝗋𝖺𝗍 π—Œπ—’π–Ί 4𝗄𝗀 π—π—Žπ—‹π—Žπ—‡ 😩

2y ago

berat sy sblm preggy dah underweight. Jd bila jd mcmni lg risau dibuatnya. Dah lah jenis badan mudah turun berat. Aduhai

Tak ada cara lain selain hadapi dengan sabarrrr πŸ˜‚ Makan lah ubat muntah 1 papan pun tak akan hilang rasa loya tu. Tapi jgn sampai biar perut kosong sbb perut kosong tu lagi buat loya teruk. Makan buah atau apa2 je makanan yg awak teringin. Kalau nak makan maggie pun makan lah yg penting makan. In sha Allah masuk trim 2 hilang lah loya tu. Good luck mommy!

Baca lagi
2y ago

huhu tq dear . itu lah tu trick dia kne mkn sikit2 bila perut mcm ok skit. pastu the whole day tidoo je keje kite huhu. πŸ₯²

Saya sampai week ke 23 sis masih lagi makan dan muntah..bila berat saya statik tak naik baru doc KK kasi ubat tahan muntah..now saya makan ubat tu bila perlu..kalau kat rumah,tak keluar saya hadap jela muntah tu..bak kata sister KK saya,mual dan muntah hanya ibu mengandung je fahamπŸ˜…

jawapan saya. hadap je lah. sebab saya pun macam tu. ada doctor kasi ubat muntah. tapi saya makan masa nak makan berat je. kalau dah sehari berkali-kali muntah tak kan nak bergantung dekat ubat je kan. lepastu saya tidur je.

TapFluencer

Mmg kena hadap sbab tu alahan preggy. Nak buat ape pun xdpat. Saya pun sama mkan je muntah balik. Kalau sehari mkan 6 kali maka 6 kali la muntah. Skrng dah nak masuk 15w ade la beransur hilang skit2.

TapFluencer

cuba pakai motion sickness band tu, ada jual kt farmasi. keberkesanan ikut individu, tp bgi sya dia bantu ntk kurangkan mabuk tu. sy spanjang 1st trimester mmg pakai tu.

2y ago

oh yeke sy cuba ya. tq sis atas cadangan

sis cuba consume vitamin Ganilia. berkesan sangat. saya juga alami morning sickness dan alahan teruk sebelum amalkan Ganilia.

2y ago

dekat watsons sis

TapFluencer

nurse saya kata makan sikit tapi kerap. kalau still tak boleh telan juga. bagitahu nurse yg jaga awak.

2y ago

tq sis. sy next appointment 25hb ni. jd skung terpaksa hadap sengsorg sis huhu

Jumpa doc, minta ubat tahan muntah.

jumpa doktor minta ubat tahan muntah