Meroyan? Apa itu meroyan & bagaimana cara untuk mengatasinya?

Meroyan selalunya disamakan dengan kemurungan selepas kelahiran (Postpartum depression), tapi meroyan dalam kefahaman masyarakat Melayu sebenarnya bukanlah terhad kepada kemurungan, bahkan termasuk juga psikosis, obsesif kompulsif dan keresahan. Dalam pendefinisian psikiatri juga, masalah psikologi selepas kehamilan telah diolah kembali dengan terma yang lebih merangkumi semua bentuk simptom meroyan. Oleh itu, istilah meroyan sebagaimana yang difahami dalam masyarakat sebenarnya lebih tepat dikaitkan dengan kecelaruan mood dan keresahan perinatal (Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD). Perinatal merujuk kepada masa sekitar kelahiran, iaitu sewaktu hamil dan selepas kelahiran. Ini kerana kecelaruan mood boleh berlaku sewaktu kehamilan juga. Kemurungan pascapartum pula berada di bawah klasifikasi jenis kemurungan dan juga PMAD. Pendefinisian dan pengkategorian yang tepat ini penting kerana ia membantu doktor dan pesakit memahami dan mengenal pasti penyakit ini. Contohnya, jika pesakit hanya memahami meroyan sebagai masalah kemurungan, sedangkan mereka mengalami keresahan, mereka mungkin tidak mendapatkan bantuan professional kerana gagal mengenal pasti keadaan mereka.

Meroyan? Apa itu meroyan & bagaimana cara untuk mengatasinya?
4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Good info. Setuju dengan cara mengatasi meroyan dalam list 😊👍🏻👍🏻 #TAPsupermoms #TAPactiveusers

Baca lagi
VIP Member

#TAPSupermoms #TAPactiveusers

Post reply image

good info

Post reply image
VIP Member

❤️