Sedih hati saya suami tuduh saya berzina

Apa ingat housewife ni tak penat ke? Tak sakit badan? Duduk rumah memang tengok tv sepanjang hari? Anak nak makan nak susu dieorg boleh bangun buat sendiri? Mandi pun da pandai sendiri? Kain yg basuh yg berlipat bunian yang buat? Allah sakitnya hati ni hanya tuhan je tau. Apalah tak faham, pernah dah cakap benda sama yang berulang, "saya penat", "tulang belakang saya sakit","tumit kaki saya sakit" saya ada 2 orang anak (2tahun & 6bulan ). Kerja rumah dan anak MMG 90% saya uruskan SBB suami bekerja. Fikir kesiankan dia, tapi dia xfikir seharian 24 jam saya Jaga anak. Bukan sorang tapi dua dgn anak yg 2y austism. Saya penat mental fizikal. Mental disebabkan anak sulung tantrum jadi saya kena bnyk bersabar.. Malam tdi, suami ada mintak nak bersama, dia tau pagi hari, saya basuh satu rumah sebab anak yg kedua mudah sakit cepat sakit bila rumah berdebu. Jadi saya ckp dgn suami, pagi nnty.. saya cuma berehat bila waktu tido anak saja itupun tido xckup. Bila tgh malam, anak merengek nak susu, suami MMG tak membantu, si sulung nak susu, yg kecik nak susu, merengek lagi. Suami? Tido. Tak bantu saya handle. Kat sini saya 2 ,3 kali bangun tenangkan anak, bukan sorang, 2 org. Xnampak lagi ke saya da cukup rehat, xckup tido. Bila pagi dia mintak, saya ckp yang, saya penat sgt Tak cukup rehat, kjo lgi nak drive hntr anak KK lagi. Kita ganti mlm ni. Terus dia mengamuk tuduh2 saya main dgn laki lain. Dia kata da berapa hari dia nak tanya. Ya Allah. Saya ckp saya ddk rumah, jaga anak apa la yg dia merepek. Bila saya ckp saya penat handle anak mlm sorang2 mlm td, kejut dia xnk bgn tlg. Dia boleh mengamok baling barang dlm rumah ni terjerit2 sampai jiran2 keluar. Anak yg masih tido, semua tgk ayah dia. Yg kecik menangis. Saya tak tau nak luah kat siapa. Hati saya kecewa suami tuduh saya, kecewa bila tgk anak menangis bapak dia jerit2. Kecewa bila jiran2 dengar suami maki hamun saya

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi, sorry to hear that. apa yang saya baca suami tak appreciate dan membantu. pendapat saya awak perlukan "me time" kalau perlu balik ke rumah keluarga bawalah anak anak sekali setakat 2-3 hari. manusia ni bila belum rasa kehilangan dia taktahu nak menghargai. part suami bekerja even busy atau penat macam mana sekalipun dekat tempat kerja tak sepatutnya bawa ke rumah. toxic. effect juga dekat anak anak. kita yang suri rumah hadap setiap hari pun effect. apa lagi anak anak yang sentiasa dengar dan melihat. deep conversation antara awak dan suami mesti ada. saya sendiri sebagai suri rumah dan sedang pregnant. saya bagitahu suami this and that. bila ada deep conversation, suami noted apa yang sepatutnya dia buat, sama sama main peranan. faham sangat kalau seorang sahaja beria tapi pasangan ambil remeh. tapi kalau lama lama macam tu effect diri kita juga. macam saya sendiri saya akan ada second option: kalau suami berkeras juga tak dengar apa saya pesan dan memilih untuk memaki hamun dan buat perkara memalukan, saya bagitahu terus keluarga dia dan suruh keluarga dia sendiri nasihat dia. hidup kita sentiasa ada pilihan. dah jadi seorang ibu, masa tidur pun tak cukup ada sahaja kerja dekat rumah tu yang perlu buat belum termasuk anak lagi. lelaki ni part nak "bersama" susah sangat bila dia tak fikir pasangan penat ke tak. hopefully dia tak tengok porn atau perempuan dekat phone sampai tahap tak faham isteri. sampai tahap tuduh berzina dengan lelaki lain saya pun tak boleh terima. lagi tak masuk akal, sebab sampai macam tu sekali pemikiran dia. boleh nilai tahap kesabaran dan iman dia macam mana. saya sendiri tak boleh deeply sebab saya takda dekat tempat awak. pilihan dekat tangan awak. keluarga awak jaga awak baik takkan selepas kahwin dilayan macam tu? apa yang penting jaga solat, insyaAllah barokah dan iman pun terjaga. take care awak!

Baca lagi
1y ago

mmg betul kne minta izin suami. Tapi kalau suami dia tak izinkan mmg sgt kejam lah bg sy, dengan mendera emosi seorang isteri sebegitu. Isteri juga manusia, tapi hanya sebab dia isteri tak bermakna seorang suami boleh berlaku zalim pada isteri.

Semoga Allah mengampuni segala dosa suami akak sebab menuduh akak berzina. Kalaulah dia tahu besar dosa menuduh wanita berzina apatah lagi isteri sendiri tanpa mampu mengemukakan bukti atau sumpah lian ni sangat lah besar dosa nya. Untuk akak, takde kata kata yg dpt comfort akak saya faham, tapi apa yg saya boleh ckp, Allahu akbar kak. Allah maha besar. Lebih besar dari setiap isi yg ada maka bermohonlah sebanyak banyaknya pada Dia. Allah sayangkan akak..

Baca lagi

same situation. Marah² ngamok depan anak² tu biasa dah pada dia. Makian pun biasa dah. Sampai satu masa rasa penat sangat sampai fikir maybe kalau dah mati tak penat sangat 😩 apa pun kena buang semua negativity tu. Nak buat apa² tengok anak anak dulu.. insyaAllah takde dah fikir gitu.. atleast nangis je ngadu pada yang 1. Hati suami Allah S.W.T pegang.. Jangan putus asa mintak yang baik².. insyaAllah slow slow akan ada perubahan

Baca lagi

berat tuduhan suami pada awak ..padahal awak xcukup rehat setel kan hal rumah dan anak, die tak langsung membantu .. cube la awak pegi kaunseling rumah tangga .. sebab takut jatuh talak lian.. awak boleh google atau tgk ceramah ustaz2 tntang suami yg tuduh isteri yg bersama dgn lelaki lain . semoga awak terus kuat utk anak2 ye dan dipermudahkan segala urusan ..

Baca lagi
1y ago

sy pun sependapat, sbb takot jatuh talak.. lebih baik jumpa kaunseling untuk minta nasihat

TapFluencer

hugs.. mungkin sis dah boleh mula fikir & plan slow2 macam mana nak angkat kaki. kalau ada family sendiri, atau kawan yg rapat, sis cuba contact minta pendapat. kalau dengan adanya anak autistic & baby pun dia tak boleh faham kenapa awak penat, sampai mengamuk semata sebab awak cakap penat & dia tak tolong urus anak, tak pelik kalau dia boleh buat benda lain lepas ni.

Baca lagi
VIP Member

hurm ..kalau mcmtu jika puan mmpu dan ada duit..nnti try beli cctv dan mntk husben psg cctv dkt rumah suh dia tgk sndri apa puan buat dkt rumah..dr dia tambah dosa nak tuduh puan mcm2.. la ni cctv pun dh murah blh bli dkt online dshopee lazada ..mg dpmudahkan segalanya amiin..with the big hug❤️

Sy xtau nk advise macamana sbb laki kalau air dah naik kepala otak dia akan terapung keluar dari tempurung. Cuma 1 je, once dah berbaik nnt berbaiklah depan anak. Saling bermaafan depan anak dan minta maaf juga dgn mereka walaupun mereka x faham. Lagi satu tuduhan zina tu berat. Kalau sy xtau la nak recover macamana

Baca lagi

Astaghfirullahalazim Allahuakbar. Maaf puan saya memang tak tahu nak bagi nasihat apa saya hanya boleh bersimpati dan berdoa untuk Allah permudahkan urusan puan. Kenapa macam tu saya sedih sangat baca. Kesiannya kat perempuan. Saya harap suami puan di beri kesedaran. Kesiannya puan dengan anak anak 😭😭😭

Baca lagi

Saya Pom Yang Sulong Autisme+ADHD 7Y, No 2 4y Lelaki Dua2, Otw No 3, Tapi Suami Yg Urus Rumah Semua Walaupom Dia Bekerja, Bersama Tu, Dah 3 Bulan Rasanya Tak Bersama, SB Sy Alahan Teruk.. Suami Faham.. Tuduh Wife Mcm Tu Cukup Tak Bermoral La Jantan Mcm Ni... Patutnya Rezki Tu Dtg Dari Isteri Dan Anak2

Baca lagi

kalau saya, bila dah hilang kesabaran, saya akan buka cerita pd ibu ayah suami, kalau tak jalan, pejabat agama terus. tu kalau saya lah.. saya tak mampu nak hadap hidup jd hamba. btw, bab tuduh zina tu takleh buat main, ada sebut secara terang dalam alquran surah an-nur terutama ayat 4 sampai 10