Just nak luah kat sini. Sedih sgt hati ni
Anak special kalau parents yang ada sorang, mesti faham perasaan saya. Sedih kecewa pun ada. Anak saya ni special kids, mild austism. Bila dia sihat memang ok, tantrum less than 10min then ok SBB dia meltdown sendiri. But sebab keadaan dia tak berapa sihat and kena admit ward, dia MMG jadi cranky and tantrum SBB suasana wad. Semalam nak ikutkan cerita, anak saya bnyk kali kena ambik darah n bnyk kali kena cucuk. Ye dia xmengamok cuma menangis Nonstop and nak berdukung. Saya tak boleh nak bawak dia jauh untuk meltdown SBB kaki dia bersambung dgn drip. Jadi apa saya boleh buat lagi. Semua da pujuk but budak tak sihat berckp pun tak reti, apa saya nk buat lagi. Mati akal. Suami dgn saya pun sampai tahap burnout sgt nk hadap. Dalam keadaan TGH pujuk anak, faham keadaan sekeliling, tapi tak semua Ibu2 lain faham anak syurga. Ada yang mendengus bila anak saya start merengek. Ada yg kata bising sgt. Ya Allah. Terluka betul hati saya, Smpai tercubit anak suruh diam. Sebabkan saya sedih, suami saya yg take over bermlm dgn anak. Burnout, mental saya koyak. Saya mintak dgn suami BG saya rehat mental Sebelum saya doakan yg bukan2. Alhamdulillah. Doc pakar yg treat anak saya di paeds adalah doc yg jumpa di wad jugak. Dia faham keadaan anak n BG anak sambung treatment di rumah. Environment untuk anak MMG tak sesuai. Nurse2 pun faham sruh saya bersabar. Berkaca mata saya Cuma nk selit pesanan, kalau parents yg lain jumpa situasi MCM ni. Sila la faham, bagi support bukan BG side eyes, atau sound yg boleh hurts parents MCM kami.