baby kurang makan
anak sy 1 thn 3 bulan berat 9kg . setiap kali mkn ambil 2-3 sudu sahaja lepas itu tutup mulut . kenapa mcm itu ?

Ransang sensory anak (gosok gigi wajib, bawa anak gi grounding -pijak rumput halaman rumah pun ok sgt, kenalkan pelbagai tesktur makanan, bagi anak pegang) dan kena lebihkan usaha. The most important things. Kadang anak mmg dalam fasa beralih bulan - dari merangkak, ke tatih, memanjat, berdiri. Nak tumbuh gigi (fasa milestone ni buatkan anak lupa makan-tak selera) Anak saya pun lebih kurang sebaya anak ibu, tapi berat hanya 8.4kg shj. Baru bulan lepas berselera makan. Cara saya, saya attract dia makan (carbo + protein+ SERAT + something crispy (macam sayur celup tepung @ kerepek @ keropok) -dia mau makan bersulam benda rangup gitu. Buah pun sama. Boleh letak buah Di depan nasi (contohnya, buah Naga potong dadu. Letak buah depan sudu, nasi belakangnya, supaya dia tak perasan ada nasi tersembunyi belakang buah) at first tu saya bagi dia makan sambil dukung, sambil suap (Ini kena kerajinan sikit), sambil bawa dia berpusing dalam rumah. tunjukkan dia barang dalam rumah. Jam dinding, TV, almari, kerusi, peti ais tu buka tutup biar dia punya mata explore. sambil cuba sua dia makanan. pelbagaikan menu dalam masakan baby. good luck ibu. ❤️ love you
Baca lagi