baby kurang makan

anak sy 1 thn 3 bulan berat 9kg . setiap kali mkn ambil 2-3 sudu sahaja lepas itu tutup mulut . kenapa mcm itu ?

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ransang sensory anak (gosok gigi wajib, bawa anak gi grounding -pijak rumput halaman rumah pun ok sgt, kenalkan pelbagai tesktur makanan, bagi anak pegang) dan kena lebihkan usaha. The most important things. Kadang anak mmg dalam fasa beralih bulan - dari merangkak, ke tatih, memanjat, berdiri. Nak tumbuh gigi (fasa milestone ni buatkan anak lupa makan-tak selera) Anak saya pun lebih kurang sebaya anak ibu, tapi berat hanya 8.4kg shj. Baru bulan lepas berselera makan. Cara saya, saya attract dia makan (carbo + protein+ SERAT + something crispy (macam sayur celup tepung @ kerepek @ keropok) -dia mau makan bersulam benda rangup gitu. Buah pun sama. Boleh letak buah Di depan nasi (contohnya, buah Naga potong dadu. Letak buah depan sudu, nasi belakangnya, supaya dia tak perasan ada nasi tersembunyi belakang buah) at first tu saya bagi dia makan sambil dukung, sambil suap (Ini kena kerajinan sikit), sambil bawa dia berpusing dalam rumah. tunjukkan dia barang dalam rumah. Jam dinding, TV, almari, kerusi, peti ais tu buka tutup biar dia punya mata explore. sambil cuba sua dia makanan. pelbagaikan menu dalam masakan baby. good luck ibu. ❤️ love you

Baca lagi

anak saya 1tahun 6bulan haritu berat baru 8.7kg tapi anak sayaa makan banyak . kadang semangkuk kecil nasi dia penuh boleh habis kadang sehari 2 kali , kadang sehari 3 kali . sis cuba tukar tukar menu or texture makanan .

Its okay ibu.. Berikan dengan kerap je. Mungkin anak nak menu lain ke, kadang tu kalau anak dalam fasa nak tumbuh gigi atau berjalan pun diorang boleh kurang makan. Oral stimulation buat setiap hari ya.

Nak tumbuh gigi ke?

2y ago

Ada yang nak tumbuh lagi tak? Selalunya bila nak tumbuh gigi, anak mudah tolak makanan. Sebab tak selesa gusi.