Perasaan negatif terhadap anak

Anak sulung saua baru 3 tahun 4 bulan tetapi saya tertekan menjaga dia. Bila keluar rumah pasti akan meragam dan minta mainan. Bila saya tak belikan dia akan nangis sampai satu pasar raya dengar. Saya malu. Jika saya tak keluar rumah, saya yg tertekan kerana terperuk sahaja tetapi bila keluar pun tertekan dengan sikap anak. Kadang2 saya rasa tidak mahu bawa dia keluar. Saya cuba jadi ibu yang lemah lembut tetapi sifat dia yang suka tantrum tak tentu pasal membuatkan sy hilang sabar. Saya sudah bermain dgn dia di pusat permainan. Habis duit. Lepas tu minta toys lagi. Dah pandai ambil toys yang besar dan mahal. Apa salah saya mendidik dia? saya gagal ke? Makanan juga susah diberi. Bila cuba menu baru terus dia reject. Bila bagi makanan sama dia bosan. Saya rasa tersiksa nak tunggu dia besar. Hari-hari berdoa supaya saya bersabar.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hye sis… Saya ada anak 2 orang… Suami saya manjakan anak2 dengan mainan n reward… Boleh kata tiap2 bulan wajib beli mainan… Dulu selalu beli yang mahal2… Pastu cakap suami better kena tukar beli murah sebab anak2 cepat bosan… So sekarang kami bawak anak2 shopping di kedai eco jaa… dalam kereta bagitau siap2 beli mainan sorang berapa.. memang bagi masa untuk anak2 pilih sendiri… kadang kalu pergi mall anak nak mainan mahal2 saya bagitau ja duit tak cukup… Dulu anak lelaki saya selalu tantrum jugak kalau dia mintak tak dapat… Saya biar ja dia guling2 kat mall tuu… sebab saya tau bukan anak sorang ja macam tu ada ja lagi… bila tak lyan lama2 anak akan faham… Tapi take time… Jangan bosan dengan anak, tu anugeran Allah… Setiap ibu ada struggles masing2… Macam saya sendiri anak oku pendengaran… dia tak paham tak dengar tak boleh cakap masih speech delay… tu memang cabaran besar buat saya dan suami untuk handle dia… untuk buat dia paham… Kita kuat sebab tu Allah uji dengan perangai anak2 ni… Allah dah janji setiap anak ada rezeki masing2… Kita as parents diamanahkan untuk jaga anak2 membesar dengan baik… Kadang anak2 yang nakal ni nanti besar tu la akan jaga mak ayah… Anak lelaki oku saya sekarang dah 5 tahun alhamdulillah dah takda sangat tantrum di tempt public… Dia boleh faham situasi… Memang sebuln sekali akan bawak anak2 shopping di kedai eco… bagi ruang n peluang pada anak2… dari situ kita boleh nampak karekter anak macamana… itu cara kita paham anak2… Sama macam ibu2 yang ada anak autism… banyak cabaran n dugaan… Good luck sis moga anak sis membesar dengan sihat jadi anak baik hormat mak ayah… Moga sis terus kiat tabah sabar….

Baca lagi