Perasaan negatif terhadap anak
Anak sulung saua baru 3 tahun 4 bulan tetapi saya tertekan menjaga dia. Bila keluar rumah pasti akan meragam dan minta mainan. Bila saya tak belikan dia akan nangis sampai satu pasar raya dengar. Saya malu. Jika saya tak keluar rumah, saya yg tertekan kerana terperuk sahaja tetapi bila keluar pun tertekan dengan sikap anak. Kadang2 saya rasa tidak mahu bawa dia keluar. Saya cuba jadi ibu yang lemah lembut tetapi sifat dia yang suka tantrum tak tentu pasal membuatkan sy hilang sabar. Saya sudah bermain dgn dia di pusat permainan. Habis duit. Lepas tu minta toys lagi. Dah pandai ambil toys yang besar dan mahal. Apa salah saya mendidik dia? saya gagal ke? Makanan juga susah diberi. Bila cuba menu baru terus dia reject. Bila bagi makanan sama dia bosan. Saya rasa tersiksa nak tunggu dia besar. Hari-hari berdoa supaya saya bersabar.
Mama bear of 1 naughty boy