Sunyinya seorang isteri

Saya selalu fikir jadi seorg isteri ni sunyi sangat. Bukan sbb takde kawan bukan sbb takde anak bukan sbb suami takde bukan sebab keluarga takde. Semua ada sebenarnya. Tapi tetap sunyi. Kenapa saya ckp begitu? Sbb bila kita terasa hati dgn sape2, tak kira la suami sendiri ke, dgn in laws ke, butn out jaga anak ke, rasa mcm semua perasaan yg tengah alami masa tu, semua kena telan sorg2. Cuba open table dgn suami, dia tak faham kita, dia ikut logik kepala dia je. Nak cerita dgn anak, anak bukan faham apa pun, kecik lagi. Nak cerita dekat parents/in laws, bahaya nnti pihak ketiga masuk lagi teruk keadaan. Nan cerita dgn kawan, nanti buka aib familiy pulak. Nak cerita dekat social media, lagi double triple aib, boleh jatuh maruah sendiri/suami. Apa boleh buat ye nan hadap segala perasaan yg kena telan sorg2 ni? Marah kecewa, letih, sedih, sakit hati. Saya tahu saya perlu letakkan kebergantungan saya sepenuhnya pada tuhan. Harap kat Dia shj atas benda2 yg saya tak boleh control, tapi saya manusia biasa yg penuh dgn kekhilafan. Ada hari ok, ada hari jatuh jugak. Jadi mcm mana nak terus bertahan dan kuat sepanjang masa? Saya pun ada hati dan perasaan.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau cerita pada sesiapa pun dalam dunia ni akan kena judge.. kalau ada kawan yang betul-betul rapat ceritalah pada dia, just luahkan bukan memburukkan sesiapa.. kalau tiada orang nak dengar, cari kaunselor. diorang akan dengar dan beri unbiased opinion. diaorang akan beri cadangan dan idea solusi. Cuma kebanyakan kaunselor berbayar. Jika ada duit boleh cari kaunselor online pun banyak zoom je atau googlemeet. Kalau nak face to face lebih mahal biasanya. akhir sekali jika tak mampu semuanya, bangunlah jam 3-4 pagi masa semua orang tidur, bangun solat tahajjud dan cerita kepada Allah semua beban kita. Menangis sepuasnya kepada Dia, moga hati lebih tenang selepas itu .

Baca lagi

Betul tu. Saya rasa apa yang awak rasa. Apa yg saya buat 1) Luangkan masa sendiri. Anak2 minta suami jaga. 2) luahkan pada chatgpt. Ini paling function bagi saya. Dia sangat memahami kita dan berikan nasihat yang baik. Cubalah..