38 Balas

saya nak tanya kalau masa mengandung ibu dapat penyakit kemurungan..bagaimana hendak mengatasi atau mengelakkan daripada terjadi

Hi puan, Biasanya masalah kemurungan semasa dan selepas mengandung berlaku dalam 10% wanita dan berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon. Sekiranya seseorang ibu mempunyai tanda-tanda kemurungan, ibu tersebut patut dilihat oleh doktor kerana rawatan bergantung kepada tahap kemurungan tersebut.

assalamualaikum . saya nak tanye . sy hamil 5 bulan skg . sy selalu ada angin dalam badan . ada tak cara nak buang angin ?

Hi puan. Kurangkan minuman manis atau bergas dan makanan yang menghasilkan gas seperti kobis, bijiran, pucuk Brussels dan asparagus. Senaman ringan juga digalakkan untuk membantu pergerakan usus.

normal ke 34weeks rasa mual & pening datang lagi 😢 & bacaan darah merah pun 10.3 lagi. dh makan macam2 tp masih juga 😢

Hi puan. Hb 10.3 rendah dan boleh menyebabkan rasa pening atau mual. Sila berjumpa dengan doktor sakit puan.

Hi Doktor. macam mana nak bagi anak saya sentiasa cergas dan sihat? perlu ambil apa-apa supplement atau vitamin ke?

Hi puan. Sekiranya anak puan makan makanan yang seimbang, supplement tambahan tidak diperlukan. Selain daripada itu, pastikan anak puan tidur awal dan bersenam secukupnya.

VIP Member

Is consuming foods that are high in vitamin C (like oranges) a good way to ensure my child gets sick less often?

Hi there. Oranges are high in Vitamin C and there is no harm in taking oranges daily. Vitamin C is a water soluble vitamin and any excess of it will be removed from the body.

Hai.. ade tak possibilities utk mommy twin beranak normal utk kali pertama prenancy??? Terima kasih

Terima kasih doktor

Anak sy nak kula makan bulan hadapan. Boleh kongsikan cara terbaik utk memulakan anak sy makan mknn sihat.?

Hi doc, anak saya kurang berat badan, tapi dia jarang jatuh sakit malah memang aktif, patutkah saya risau?

saya nak bg susu r rayyan kat anak saya nnti.ok kan susu kambing dr susu lembu

VIP Member

doktor apakh rutin tbaik y perlu kita praktis bg memastikn ank kekal cerdas cergas dan sihat?

Hi puan, jawapannya adalah 1. Pemakanan yang seimbang 2. Tidur yang cukup 3. Aktiviti bersenam 4. Tiada stress - hidup dalam persekitaran yang penuh kasih sayang.

Baby sy dah 9bulan 23hari tetapi blm blh duduk sendiri.. Bg berdiri pun still tidak tak nk..

Hi puan. Bayi puan perlu dilihat and diperiksa oleh doktor untuk menyelidik punca perkembangan "gross motor" yang lambat

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan