Lambat sikit normal ke ?

Anak saye lagi seminggu je nak masuk 8 bulan tapi masih tak pandai army crawl dan merangkak lagi, die boleh meniarap dengan sendiri. Normal ke baby dah nak masuk 8 bulan tak pandai army crawl, klau letak mainan depan die tu die tak pandai nak ke depan. Die hanye boleh pusing putaran jam dan bergolek untuk amik objek yang ade depan die. Tapi bile naik walker die dah laju

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

banyakkan stimulate anak utk dia bergerak sendiri. puan boleh ambil ziplock bag saiz besar tu dan isi air, boleh letak mainan dlm tu lepas letak dpan dia. letak seinci jarak yg dia tak boleh capai. nnt tgn dia akan nk pegang dan kaki akan try utk tolak sbb nk capai bnda tu. puan tepuk2 ziplock tu bg dia rasa berminat nk main. kalau dia tak bergerak, boleh tolong kaki dia exercise utk buat pergerakan crawl tu, tak perlu bergerak pun just tlong dia tahu yg tu cara nk bergerak. nnt dia akan belajar. walker tu seeloknya hadkan, pakai bila perlu shj sbb pergerakan kaki nk tolak lantai dgn crawl tu berbeza. biarkan je dia kat lantai.

Baca lagi

normal sis. anak saya mcm tu juga masa merangkak tak sama. anak ni perkembangan dia berbeza. anak saya yg sulung lambat sikit berjalan. setahun sebulan yg ke dua agak cepat. 9 bulan dah berdiri dan cuba berjalan. yg ke 3, 1tahun 4 bulan baru berjalan. yg bungsu skg ni masuk nak masuk 8bulan bulan 9 ni. dia dah mengesot. saya biarkan je dekat lantai dengan pemerhatian. hanya letak mainan dia je. semakin kerap kita biarkan, dia akan cuba belajar berdikari utk merangkak. duduk pun masih belum stabil, agak senget.

Baca lagi

setiap masa anak jaga letak kat lantai je, latih anak bengkokkan kaki gerakkan kaki utk army crawl dr duk meniarap tu. sama jgk nk anak merangkak, latih anak bengkokkan kaki angkat punggung tu. kalau boleh kan, limitkan la guna walker tu, kalau boleh bye kan terus. btw .. walker ada tayar awk, mmg la laju kaki budak baru bbrp bulan pun kuat dia tendang.kais gerak takyah guna tenaga angkat badan sediri

Baca lagi

pandai guna walker tak kira milestone sebab baby tak berjalan pun, dia tolak2 kaki je. seeloknya kurangkan guna walker, banyakkan main atas lantai je.

Normal. Teruskan stimulate baby dengan aktiviti yang boleh membantu dia. Kurangkan baby walker untuk anak juga.

better jgn bg pakai walker