Terbeli susu yang mencurigakan
Anak saya sejak lahir telah menggunakan susu S*6. Alhamdulillah tiada apa masalah. Cuma pada bulan lepas,saya ada membelinya dari sebuah pasaraya G****. Bila saya melihat structure susu tu, saya tak sedap hati sebab lain dari sebelum ni. Tapi saya beri juga anak saya sebab susu tu agak mahal. Sejak saya menggunakan pek susu tu, muka anak saya naik ruam yg agak teruk. Saya perhatikan makin hari makin teruk. Saya mengambil keputusan untuk stop susu yang dibeli dari pasar raya besar tu dan membeli di kedai barangan bayi. Bila tukar susu yang original, ruam anak saya semakin surut. Semalam, anak saya ada appointment dengan kk, nurse telah menasihatkan elakkan membeli susu dipasaraya besar sebab banyak kes seperti ni terjadi. Saya menasihatkan supaya ibubapa lebih berhati hati dalam membeli susu untuk anak anak.
Little Mermaid