Susu formula untuk elak ruam baby

Hi. Anak saya 4 bulan sekarang ni. Sebelum hantar ke pengasuh masa nak 3 bulan, anak saya full breast feeding. Bila start bekerja, saya terpaksa campur susu formula. Anak saya minum susu Nan masa tu. Lepas tu badan anak naik ruam dan bintik2. Kahak dan batuk pun teruk sampai kena ambil neb dan sedut kahak. Lepas tu saya tukar susu Karihome. Batuk dan kahak semakin kurang. Tapi ruam dan bintik masih ada. Doktor ada beri krim, bila sapu dekat kulit yang ada ruam dan bintik tu , kulit dia jadi ok. Kemudian ruam dan bintik tu naik dekat tempat lain. Sabun mandi semua saya da stopkan sebab risau kulit dia semakin teruk. Tak pasti kenapa jadi macam tu. Adakah saya perlu tukar susu lagi? Boleh suggest susu apa yang sesuai? Sedih tengok kulit anak jadi macam tu.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selain susu formula, mungkin awak boleh tgk dari sudut lain pula. I means in terms of hygiene. Cuba check cadar tilam awak @ baby cot awak ke.. Or maybe set tilam @ cadar kt rumah pengasuh. Setahu sy pengasuh jarang suruh bawa set tilam sendiri. Sbb pengasuh ada sediakan sendiri kt rumah die. Cuba sesekali dtg check rumah pengasuh time anak awak ada. Kadang2 pengasuh nie terlepas pandang tercampur sana sini, letak anak atas cadar yg ada budak2 makan @ muntah @ tertukar baju dgn budak2 lain ke @ tertukar tuala dgn budak2 lain ke... Atau rumah pengasuh tu panas kena kongsi kipas ramai2 ke.. Possibilities nie semua ada.. Jgn narrow kan andaian awak tu... Just awak kena check confirm ke masalah ruam nie mmg dr susu formula? Atau masalah persekitaran?

Baca lagi