Tekstur makanan baby 9 bulan

Anak saya minggu depan baru nak masuk 9 bulan. Tekstur makanan dia masih lagi bubur lembik tapi takde lah lembik mcm puree tu. Sbb dia hanya akan makan bubur lembik je. Saya ada try tukar tekstur bubur kasar sikit tapi dia mcm tercekik lepastu dia muntahkan balik semuanya. Saya try beberapa kali jgk tapi tetap sama dia muntahkan semuanya. Takpe ke umur dah nak 9 bulan tapi masih makan bubur lembik je? Anak saya tak tumbuh gigi lagi. Tapi gusi dia dah keras dah mmg sakit bila dia gigit 😂 Saya masak mcm2 jenis bubur je lah. Mcm bubur masak lemak labu, bubur tomyam ayam, bubur kari ayam, bubur ayam buttermilk. Sbb bubur2 mcm tu je yg dia suka makan dan habis 😂 Saya ada try bagi dia finger food mcm potato cheese stick, pancake, kek kukus labu. Tapi dia makan sikit je. Snacking dia kadang2 saya bagi buah2, roti, biskut baby. Saya ada baca pasal picky eater tu. Antara sbb makanan yg tak pelbagai tu pon boleh jadi picky eater. Betul ke? Jadi saya risau anak saya akan memilih makan bila dia besar sikit nanti sbb sekarang dia hanya makan bubur. Terima kasih jika boleh jawab & hilangkan kerisauan saya 😊 #firstmom #makan #baby9bulan

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Xpe sis, slow² ajar, penerimaan setiap baby tak sama. Utk finger food memang perlukan latihan yg berterusan. Anak saya 9bulan saya ajar pakai sudu. 1 tahun 2 bulan baru dia mahir guna.

2mo ago

Mcm2 dah bole bagi, bihun ke? Macaroni, spageti, keledek, jagung, kentang. Teksture mkn, sis sesuai kan dgn penerimaan baby.