Direct breastfeed

Anak saya baru umur sebulan lebih nak ke dua bulan. Sebelum ni saya direct bf anak saya. Bulan 7 ni saya dah start nak masuk kerja dah. Sekarang ni bila bagi anak susu pakai botol susu, dia taknak. Sedangkan susu dalam botol tu susu badan saya. Risau nanti nak hantar anak dekat pengasuh, takut dia taknak minum susu botol. Macam mana ni? ☹️

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kerana anak anda telah terbiasa dengan penyusuan langsung sejak lahir, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan botol susu. Anda boleh cuba beberapa cara untuk membantu anak anda menerima botol susu dengan lebih baik. Pertama sekali, cuba berikan susu botol pada waktu yang lebih santai dan tenang, di mana anak anda tidak merasa terlalu lapar atau terlalu mengantuk. Anda juga boleh meminta bantuan pasangan atau ahli keluarga lain untuk memberi susu botol kepada anak anda semasa anda tidak ada di rumah, supaya anak anda dapat terbiasa dengan penggunaan botol daripada orang lain. Selain itu, pastikan bahawa suhu susu botol adalah selesa untuk anak anda. Beberapa bayi lebih suka susu pada suhu yang hampir sama dengan suhu susu ibu, jadi anda boleh mencuba memanaskan susu botol sebelum memberikannya kepada anak anda. Jika anak anda masih menolak susu botol, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis botol susu atau puting yang berbeza untuk melihat sama ada ada yang lebih disukai oleh anak anda. Sekiranya masalah ini berlarutan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar penyusuan susu ibu atau doktor kanak-kanak untuk penyelesaian yang lebih terperinci. Jangan risau, kebanyakan bayi akan belajar menerima botol susu dalam masa yang singkat dengan sedikit kesabaran dan percubaan yang berterusan. Semoga perkongsian ini membantu! ☺️ Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Saya pun dalam 3week lebih bagi direct bf plus anak kuat ngempeng then saya try bagi dia botol, alhamdulillah ok dia boleh isap. Masa pregnant saya mmg standby beberapa brand, hegen, heorshe, tommy tippee & avent. Semua dia reject kecuali avent responses dan pigeon. Dua brand ni mmg ramai suggestion untuk train anak isap botol sebab puting dan aliran dia sama macam puting ibu.

Baca lagi

bby sy pn direct bf .dia sbulan lbh sy dh start cuba bg botol msa first start tu sy guna botol comotomo. dia accept. Alhamdulillah dia x mmilih botol. tomme tippe, hegen,avent, pigeon smua ok.🫢 skg dh 7bln lbh msih juga ada direct bf tp wktu mlm je.

3w ago

Oh yeke? Wah bestnya. Anak saya masa lahir mula mula tu pernah bagi susu botol sebab masa tu susu badan saya tak banyak lagi. Tapi bila skrg susu badan dah banyak, try bagi botol dia taknak pulak

Cuba je balik2 bagi. Normal mcm tu, ambil masa. Try cari puting yg sesuai juga kdg mempengaruhi. Rsanya byk org share pnglaman psl ni dlm apps. Blh cuba search

3w ago

Ok awak terima kasih

try pkai tomee tippee

3w ago

haah ank sy pkai tomee tipee smp skg. tomee tippee ni mslh dia smp 9bln je puting tu. akg dh setahun nk tukar puting n botol yg sesuai ngn umur pn xnk. pigeon xmau lgsg. autumn mcm ikot mood. nk jgk tomee tippee tu..