ibu2 dan bakal perlu ni.. sebab kitalah yang berperanan beri anak makan

Anak anak yang dibesarkan dengan fast food, minuman berkarbonat dan berperisa serta lambakan junk food tidak akan sukai buah dan sayuran. . Kenapa? . Mereka tidak lagi dapat rasai makanan semulajadi ini. Deria rasa atau taste bud mereka terprogram dengan makanan terlebih masin, terlebih manis. Sukarkan mereka rasa flavor semulajadi dari makanan sebenar. . Deria rasa jadi tumpul. Atau takat rasanya diubah jadi tinggi. Setakat manis buah tidak manis langsung. . Taste bud ini ada kaitan langsung dengan otak. Bila otak diprogram untuk dapat lebih manis, lebih masin, lebih rasa, apa-apa rasa yang berada di bawah takat atau kurang manis, masin ikut program di lidah dan otak akan ditolak. Dikira tidak sedap. . Cuba bayangkan American Heart Association (AHA) cadangkan pengambilan gula 25g sehari untuk orang dewasa. Dan separuh timbangan untuk kanak-kanak. Tetapi fast food, minuman berperisa dan junk food mengandungi sehingga 200g gula dalam satu hidangan. Menyamai 8 hari pengambilan gula yang dibenarkan oleh AHA ini. . Malangnya ianya Legal. Tiada undang-undang untuk menyekat. Tiada pihak labelkan produk begini sebagai produk sampah. . Walaupun ada banyak kajian kaitkannya dengan penyakit. Antaranya ialah kajian Australian National Endometrial Cancer study pada tahun 2013. Kajian inj kaitkan lebihan pengambilan gula dengan penyakit kanser. Cuba semak peratusan kenaikan jumlah kanak-kanak terkena kanser dewasa ini. . Malang juga pada ibubapa. Bila anak makan atau minum tak habis, ibubapa yang habiskan. Beri risiko breast cancer kepada si ibu seperti hasil kajian di jurnal Annual Oncology tahun 2013 yang kaitkan kanser dan makanan tinggi gula. . Bila tiada kuasa undang undang menyekat racun bernama gula dalam makan, yang dapat menyekat ialah ibubapa. Kuasa di tangan ibubapa. Anda penentu. . Samada mahu wujudkan generasi pentaksub pada fast food atau penggemar real food. Samada mahu wujudkan generasi sihat atau generasi berpenyakit. . Mahu habiskan masa temani anak atau anak temani kita di hospital. Atau mahu anak temani kita berjalan keliling dunia. . Anda pilih yang mana? . #DrRizal

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Masak sendiri lagi puas bg anak makan..tgk anak makan habis,lagi la kita mak mak ni tmbh semangat nk bg anak makan

6y ago

betul.. anak badan naik elok saja.. makanan baby yg dipek siap tu biasanya x elok. kalau baca buku CAP gerun nak bagi