Tak suka keluarga mentua

Amaran luahan panjang. Kalau komen rasa gatal nak kecam ke nak complain ke sila hentikan diri anda sendiri. Saya tak suka keluarga mentua. Bukan saja-saja saya tak suka. Sebelum beranak ni ok lagi. Lepas beranak mula tak suka. Ada antara mereka yang tak respect saya langsung sebagai ibu kepada anak saya dan lagi teruk tak respect saya sebagai manusia, isteri kepada ahli keluarga mereka jugak. Dorang anggap saya ni entah siapa-siapa. Macam lupa saya ni wanita educated, mak ayah saya didik saya dan hantar saya belajar tinggi-tinggi, pastikan saya dapat kerja bagus, circle saya memang penuh dengan orang educated, separuh saja dah doktor dan jururawat. Mungkin dorang lupa saya ni ada hati dan perasaan. Mak mentua. Saya dah luah sebelum ni. Dalam pantang pun dah serabutkan saya sebelum ni. Sekarang? Dah pandai main calit-calit air sunquick ke mulut bayi saya dengan alasan nak buat rasa-rasa. Walaupun saya dah tegas cakap "jangan lah. Dia kecik lagi" dia pandai menjawab "alah nak buat rasa rasa" Rasa apa ye makcik? Saya ni MAK budak tu tau. Kalau MAK budak tak bagi keizinan bukan ke nenek takde hak nak buat apa-apa? Kalau nak bagi bayi rasa rasa pergi buat anak sendiri. Dah la suka bukak aib saya merata. Kalau boleh satu kampung dia nak bising cerita saya beranak cser, berpantang taknak makan haruan, dalam pantang dah makan telur. Canang la satu kampung hal family. Mak saya sendiri pun tak buat macam tu. Buat apa cerita kat orang? Jadi bahan umpatan? Lepas tu suka banding-bandingkan anak saya dengan anak sedara dia yang baru lahir. Annoying. Tak bersyukur langsung. Dah dapat menantu kerja tetap, gaji sedap, dapat guna kereta menantu, anak dia pun dapat duk rumah banglo sebab menantu yang kena canang aib ni la beli rumah. Patutnya bersyukur bukannya burukkan menantu. Keluarga saya sangat hormati suami saya. Suami saya dilayan macam raja kalau dia balik rumah keluarga saya. Saya? Segala cerita orang tahu. Mulut memang macam.....entahlah. Sampai ada makcik cakap kat saya "harapnya anak awak tak ikut perangai nenek dia" saya aminkan cepat2.. hahah. Segala benda tak kena kat mata dia. Saya harap benda ni tak berbalik kat anak perempuan dia. Pak mentua. Nampak educated tapi...errr... bapak oiii baby tu baru 3 bulan! Nak lambung-lambung apa pak? Alasan dia "nak ajar baby lasak-lasak" Ehhhhh ni mak dia tau. Mak dia pun tak pernah lambung-lambung. Mak dia riba punya lembut! Tepuk nak burp pun lembut je. Dapat kat pak mentua.... hah. Dahla suka kacau anak tidur. Bila anak saya menangis pandai pulak bagi kat saya balik dengan alasan "alaa dia nak mak dia" No pakcik no.. pakcik kacau dia tidur sebab tu dia mengamuk. Buat tummy time pun dia marah. Time dia marah tu saya gelak sebab saya kesian kat dia yang takde ilmu, even saya dah explain tu tummy time untuk kuatkan leher baby pun dia marah cakap lengan dia tak kuat. Alahai pakcik.. tu la suruh belajar, gali ilmu takmau.. menantu ajar pun tak dapat terima. Yelah pakcik sorang je betul. Mak-mak sedara laki saya. Allah... ni lebih sudu daripada kuah. Yang sorang tu pandai mengajar saya cara jaga anak. "Kenapa tak pakaikan stokin" saya tenung tajam saya jawab "cuaca panas kan???" Anak dia tu pakai pampers saja takpa pulak. Saya pun tak bising. Anak dia dera anak kucing takde orang nak marah? Alasan "marah macam mana pun gitu jugak" hah tu lah sibuk pasal anak orang anak sendiri tu tak terdidik lagi makcik oi. Sorang lagi sibuk jugak... nak suruh anak dara dia mengasuh. Tak kuasa aku. Aku duit banyak aku rela bayar daycare. Kang entah apa disuap kat anak saya. Komplen pasal daycare. "Untung pengasuh dia jaga separuh hari je tapi bayar full" pastu dah kenapa? Ingat senang ke jaga baby orang? Dah orang banyak duit biarlah nak bayar daycare ke apa?? Nenek laki saya. Terpaling segala hal. Mak mentua ngadu kat dia lah saya larang calit air sunquick. Dia cakap apa "nenek dulu lenyek nasi bagi kat baby baru lahir." Masa tu memang geram nak menjawab "patut lah anak nenek ada yg macam kurang perkembangan otak. Orang ajar benda betul taknak terima" Masa tu geram sangat tapi tahan je. Ada satu hari tu dia calit garam kat mulut baby saya masa tu baby baru nak masuk 3 bulan. Dia menangis meraung sebab overtired and bahang panas dalam rumah dia. Alasan dia calit garam tu sebab nak halau hantu. Saya dah cakap "baby letih tu... " dia tetap nak calit garam dia. Susahla jenis terpaling betul and tak boleh langsung fikir ada boundaries antara dia dan cicit dia sebab cicit dia ni ada mak lagi. Common sense la mintak izin mak dia kalau nak buat apa pun. Dalam kereta saya marah husband "dah nampak anak mengamuk cepat-cepat lah balik??? Nak melepak apa lagi??" sebab dia pun macam tak faham bahasa tak boleh nak tegas langsung protect keluarga kecil dia ni. Beza lah dengan abang saya. Abang saya sangat tegas kalau bab lindungi keluarga dia. Mak sedara kami pun dia sanggup tengking. Saya tahu saya kena hormat keluarga suami. Ye saya hormat selama ini, berbual mesra dengan mereka sehinggalah mereka gagal menghormati saya sebagai menantu, anak orang, dan ibu kepada cucu cicit mereka. Saya dah tak mampu menghormati mereka dan berbual mesra dengan mereka. Kalau mereka tahu layanan keluarga saya terhadap anak/cucu lelaki mereka, mesti mereka takkan layan saya macam tu. Saya tak tahu sama ada mereka akan rasa malu atau tak. Common sense mereka seolah-olah tak wujud. Selain trauma proses beranak anak yang baru sorang, layanan yang saya dapat pun membuatkan saya tak sanggup nak beranak lagi sekali walaupun saya berhasrat menambah cahaya mata.

82 Balas

Saya klau ngan mak mertua mmg takkan pernah ngam,dri anak sulung lahir smpai anak ke2 nii..ada aje yg xngam..itu ini xngam..padanlah muka dya sya xbgi dya jumpa cucu dri yg sulung smpai yg no2 nii..sbb dri telefon sja da taw dya mak mertua yg toxic,depan anak lelaki nya baik kemain,bila blkng perangai mcm hantu..pernah skli anak kena chicken pox d sruhnya sya bagi anak air kacang hijau mentah,gila ke apa..sya ckp nii bukan buat ubat da nii,tp nk membunuh cucu sndri..smpai skrng tak berani tegur da klau bab cucu dya dri belah saya..sbb sya tegas dlm mengatur anak mcm tuu juga dngn suami,apa'2 family dya minta dri dya sya mesti soal siasat sebelum bagi apa'2..

sabar la sis ..Sye yg duduk sekali Gan mertua pun ntah la ...anak Sye menangis kjap² tnye nape...kjap intai nk bagi susu pun payah ...baby Sye kalau lambat bgi susu mmg mengamuk..da dia ckp susu x keluar ke ...drpd Sye bersalin sampai da 1 bulan baby Sye x habis² ckp pasal susu x cukup la ...susu x keluar la...da kalau x keluar sgt x kan anak Sye da 4 kilo skrg...rase mcm nk je ckp Gan mertua "kalau xde bnde baik nak ckp jgn ckp ""x payah berckp langsung dgn org" mcm² la Sye jarang bagi dia pegang baby Sye...kalau blh x nk bagi pegang langsung ...nnty Ade la mcm² dia komen...anak ringan la x bagi susu ke ...eh rase mcm nk tampar je org tua tu

menyirap betul kalau yg jenis mcm ni .. pandai2 nk suap anak kite mcm2 .. kalau lah contoh anak tu melarat sampai ke hospital pastu mula lah nk banding kan ank org dulu dgn org skarang .. apeke bodoh la org lama ni .. ilmu cetekk banyak pantang larang mengarut 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ .. habis tu kalau branak czer ni tk layak ke panggil ibu? hina ke?? ape yg pelik dgn czer? ttp sakit jgk bersalin .. jgn laa pandang rendah sngt dkt ibu2 bersalin czer ni .. kalau sis duduk sekali dgn mertua tolong laaa angkat kaki balik rumah family sendirii .. masuk keluarga og ni tk seindah keluarga kita .. apa2 pun kita tetap org luar 🥲

Saya pun trauma dgn FIL, dtg masa dlm pantang hari ke 6. Hari2 ank saya dgn dia je, semua dia nk ajar & jaga mcm kita ni tak tahu apa2 & cucu tu wlpn kesayangan sgt dia masih ada mak. Husband pulak mcm nk happy kan mak dia bgn2 pagi bg ank dekat mak dia. Kalau baby berak nangis baru dia bg. Ank saya awal2 minum susu formula sbb saya czer so dia yg akn bg susu semua. Kita ni nk ambik ank nk df kd serba salah kononnya respect dia tp kita mkn hati. baby dpt kat kita bila dh ptg & nk tidokan mlm je. Sampai rasa aku ni ibu tumpang ke 😅 Nenek yg terlampau sayang cucu sampai lupa nk respect mak cucu dia.

rupanya ramai yg senasib.. saya ttc 3 tahun utk dapat baby, dah dapat mil suruh pantang rumah dia. kita dah la susah dapat baby, czer pulak dan anak kena tahan nicu seminggu.. yg mil sibuk minta baby tidur dalam bilik dia. hangin je dah la masih dalam pantang.. tau la cucu first. saya fail bf anak saya pun sebab dia. sekarang dah kurang dah respon apa2 yang penting je. dah balik rumah sndiri baby 3 bln masa tu 3 4 hari skali asik tanya "mak nak amik baby sat boleh". serabutnya lahhh.. tapi dah balik rumah sendiri kursng sikit dah nasib suami pun faham x ajak sgt balik rumah dia

Saya punya mertua dari saya gugur lagi mulut cam celaka.eh dari sblm kahwin dgn anak jantan dia. Dulu mintak hantaran 10k kata mahal macam kita ni ank peguam anak doctor.aku pun kerja walaupun kerja dkat farmasi jee. Itu pun aku dah turunkan duit hantaran siap bagi laki aku balik buat sewa rumah.sampai sekarang xbayar2 lagi. Kes gugur pulak, doc bgtahu saya ada cyst. Dia duk kata saya xleh mengandung la ape la. Ni dah ada anak pun dia sibuk nk complain. Tak up gambar baby dlm group pun siap ugut nak bawak baby balik kampung. Padahl dah ada cucu 2,3orang dah. Macam celaka betul

Mas kahwin 10k pun mak mentua saya berbunyi jugak. Dia ingat dia nak lamar siapa? Bukan penganggur. Yang kerja tetap keja gomen gaji cecah 5k kot! Dahla anak dara. Banyak bunyi kemain. Pandai nego ngan saya nak murahkan mas kahwin jadi 5k, gelang batal air smayang 5k.. dia ingat saya takde mak kot. Mak saya pun berbunyi jugak lah bila dengar deal dia macam tu. Penat mak saya bela saya sampai saya ni boleh kata independent kot. Bukan tak makan modal. Memandai nak tetapkan padahal saya ni ada mak dan wali lagi. Entah. Red flag betul. Suami saya je bagus. Adik beradik dia ok la boleh la tapi dalam ramai-ramai ahli keluarga dia, suami saya paling berotak sekali. Saya bertahan sebab suami saya je. Tapi kalau suami saya ada bau nak backup family dia walaupun apa yang family dia buat salah, saya takkan teragak-agak angkat kaki. Saya dah ugut sekali, dan saya takkan takut untuk ugut lagi sekali. Nak pijak kepala, pijak kepala orang lain la. Bukan kepala bini.

maksudnya awak duduk serumah dengan keluarga mertua ye?.. Tolonglah duduk sendiri.. untuk kesihatan mental kita sendiri.. Sy sampai sekarang masih trauma, kesal dengan sikap keluarga mertua yang tak sihat, tapi datang melawat.. tak beritahu apa2, tahu2 sampai.. waktu maghrib keluar masuk rumah.. kesannya anak saya sampai umur 5 tahun masih bergantung pada ubat.. Dalam pantang, sy berulang-alik ke hospital. Keluarga mertua buat apa? Senyap pula lepas tu.. tak minta maaf apa pun.. saya mengamuk pada suami.. sedih.. yang menanggungnya anak sy..

VIP Member

Benci kan org tua mcm tu, terpaling pandai jaga budak kononnya. Tp yg sy paling geram kat sini husband u sis. Please lah tegas dgn siapa2 pun. Tak mati pun kalau org kata takut bini. Kita mintak dia tegas bukan sebab takut bini tp tolong protect family. Say rasa better u tak payah balik rumah mertua..jaga diri sendiri, hati sendiri. Otak lega sis. Bg je setepek dekat dorg, anak lelaki dia tu tak pernah dilayan mcm sampah dgn family u. Biar ada akal sikit.

risau nya kalau mcm tu sis. tpi sya x risau dgn family in law cma sya risau dgn family sya 😅. family in law setakat ni alhamdulillah memahami dan diaorg hormat apa2 kputusan husband which is anak diaorg la. family sebelah sya je yg sya risau .dah la nanti masa pantang sya akan balik kg time tu knduri adik sya yg nom 2 .mmg dah ckp kat husband bla baby lahir nanti hrap2 x de la jmpa org yang takde common sense melawat tu smbil pegang2 cium2 baby .

klau sy pn mmg sy stress sis..ank 1st sy dlu bwh staun mak mrtua sy pnh bg rase gula donut tu pstu sy trus rampas dr pgkuan dia sy ckp la mne bole lg sy trus bwk ank sy ke singki bsuh mulut dia..ank yg kdua plak mse buka pose ank sy kt walker mrengek pstu dia pangku ank sy dia nk suapkn bubur lambuk mse tu ank sy bru 8 bln sy ckp la mne bole lg dlm tu ade garam rempah ape smua..mmg menggigil je sy...trus xde mood nk mkn..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan