Sekadar perkongsian dan luahan😊

Alhamdulillah, utk yg mngenali saya drpd post saya yg lepas.. saya telahpun mmberanikan diri dgn mmbuka buku pink di kk berdekatan. Saya hanya berani melakukannya setelah berkahwin dgn llki yg bertanggungjwab terhadap status kehamilan saya yg saya rahsiakan selama 4bulan dan skrg kandungan saya sudah masuk 8bulan. Walaupun saya tahu anak ini akan dilahirkan tanpa ber bin/binti atas nama ayahnya skrg, namun bagi saya sudah ckup nasibnya terbela. Keputusan utk berkahwin bukanlah saya ambil dgan kerelaan saya jga nmun atas keterpaksaan demi membela nasib bakal bayi ni. Selesai mngambil suntikan att, minum air gula, ambil darah, dan sbgainya telah saya rasakan perit juga mnmpuh alam kehamilan ni ya😂.. lagi2 terpksa mnunggu giliran yg trlalu lama dari pagi hingga tngah hari smata2 appointment dgn nurse dan doktor. Nsiblah appointment saya 2x shja sminggu.. alhamdulillah, status kesihatan saya dan si kecil ni baik2 shja.. Di sini ingin saya ceritakan, Sepanjang dlm tempoh perkahwinan ni, mcm2 dugaan dn ujian saya diberi. Saya bersyukur diberikan mertua yg baik dan dia mmbenarkan saya utk tinggal bersamanya. Namun malangnya suami saya tidak bekerja dan dia juga adalah penagih dadah. Kami disara sepenuhnya oleh ibu bapanya. Sungguhpun saya rasa kecewa dan terkilan kerana ditanggung sepenuhnya namun saya rasa bersyukur dan berharap akan mmbalas jasa mereka kelak. Dgn kdaan saya yg sarat mengandung, saya xdpt kluar utk mncari sumber rezeki melainkan selepas habis berpantang nnti.. Wang simpanan saya juga telah habis digunakan si suami utk mmbeli rokok dan menjalankan perniagaan ketumnya nmun smuanya tidak berhasil. Dia sering berjanji utk mngganti duit yg dipinjam drpd saya, tp smkin bnyk yg mengalir kluar adalah.. saya sudah bnyak kali menegur sikapnya dan menyuruh supaya dia berubah nmun dia acuh tak acuh dgn nasihat saya dan kerap juga kami bergaduh besar shingga rosak harta dan saya mendapat luka oleh kerana sikapnya yg baran. Sehinggakan ibu n bapa mertua saya snggup mmbuat laporan polis keganasannya terhadap saya dan mereka juga risau terhadap keselamatan mereka. sbgai seorng isteri sudah semestinya ada masa hati kita akan sepanas api dan sedingin air, kdang terasa kasihan terhadap si suami krna ad waktu dia baik dan ad waktu dia sebaliknya. Ada satu malam, anggota polis narkotik telah mngambil suami saya dan membawanya ke ipd, bilik kami juga diperiksa bg mmstikan tiada brg terlarang.. pukul 4pagi saya ditelefon salah sorng anggota utk mnndatngani surat jaminan di balai. Dgn ikhsan bapa mertua saya dibawa kesana dan suami saya dpt dibawa pulang, namun kami harus mnunggu kputusan urine. Sehingga hari ini suami saya masih tidak bekerja kerana tkut akan rekod jenayah yg ada padanya, utk pngetahuan juga, dia xdpt kluar kemana mana kerana malam dia ditangkap kakinya mngalami sdikit keretakan tulang akibat bergelut dgn 3org anggota polis dlm prcubaan utk melarikan diri.. Alhamdulillah krna ibu mertua sgt memahami sikap anaknya dan turut merasa kasihan terhadap saya, saya beranggapan ini adalah balasan dn ujian utk saya krna telah terlanjur bersamanya.. nmun sbelumnya saya tidak dpt melihat sisi buruknya shinggalah saya mndapati saya telah hamil di mana smua sikap dn kelakuan suami saya diperlihatkan perlahan lahan. Terkadang ada jga saya terfikir, ada baiknya jika saya memasukan diri ke pusat kebajikan, kerana saya tak mahu mnyusahkan ibu bapa n mertua saya setelah saya melahirkan zuriat nnti. Dan juga bagi mngelakkan rasa malu mereka terhadap status si kecil ini nnti. Saya rela mmbesarkannya sendiri Walaupun tanpa suami namun saya buntu apakah saya akan diterima walaupun sudah berkahwin? Telah saya tujukan pendapat ini kpda si suami nmun dia tidak bersetuju malah stiap kali soalan ini dituju dia hnya berdiam dan tidak mahu ambil peduli padahal itulah yg terbaik yg saya rasakan utk saya. Perbincang dgn ibu bapa kandung saya dan mertua, mereka menerima dgn tangan terbuka cadangan saya. Tp saya msih ragu2 dgn jwapan drpd suami saya. Sampai sini sajalah perkongsian cerita yg agak panjang drpd saya, sumpah bukan niat utk mmbuka aib sendiri dn suami tp sbgai tmpt luahan kisah hidup saya agar dpt djadikan pngajaran. Saya berharap perkongsian saya ini tidak mnimbulkan rasa tidak senang dan rasa “menyampah” yg mana ibu hamil smua merasakan ini rekaan semata mata. Terserahlah kerana saya terima dgn hati terbuka dan lapang dada😊.. Jika panjang umur akan saya update status si kecil ninja ni bila dh melihat dunia👶🏻❤️ #firstbaby #pleasehelp

Sekadar perkongsian dan luahan😊
22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

setiap yg terjadi ada hikmahnya..lepas baby bersalin sy rsa ada baiknya awk berpisah dngn suami kalo dia masih tidak brubah...awk boleh bina khidupan baru dengan anak

Jagalah anak tu baik2. Besarkan dgn penuh kesabaran dan beri didikan yg sempurna supaya dia dah besar nanti menjadi org yg berguna pada keluarga dan masyarakat.

TapFluencer

Teruskan redha, istighfar dan syukur...🌻 suka membaca perkongsian awak ini. Mudahan Allah permudahkan urusan awak dgn baik tanpa mudarat. 🤲🌻

semoga sis terus kuat dan jgn pernah takut utk keluar dr keadaan sekarang..mudah2an ada yg membantu nanti..

Subhanallah,, sungguh hebat ujian yang kamu tengah jalani,, semoga terus kuat dan sihat selalu Aamiin.

Allah sebaik² perancang... semoga awk dan baby selamat and baby menjadi anak yg soleh

Semoga diberikan kekuatan & dipermudahkan segala urusan ❤️

semoga kuat ya sis! 👍🏻 jaga diri & kesihatan baby 😘

TapFluencer

Semoga terus kuat ya sis. dan dipermudahkan semua urusan.

Semoga semua urusan sis dipermudahkan…