CATATAN HATI SEORANG SURIRUMAH
Aku seorang isteri, seorang ibu, dan seorang surirumah sepenuh masa. Tanpa gaji, tanpa duit belanja sendiri. Semuanya atas rezeki suami, yang Allah amanahkan. Kadang aku rasa segan, bila mahu beli sesuatu untuk diri sendiri. Bukan kerana suamiku berkira, tapi kerana aku sedar — hidup ini penuh keperluan, dan banyak yang perlu diutamakan. Aku tak pernah rasa kecil, cuma sesekali hati ini ingin juga merasa ada ruang untuk sedikit pilihan, sedikit “bebas” untuk keperluan peribadi. Aku bukan mahu lebih, hanya mahu difahami, bahawa menjadi isteri dan ibu di rumah, itu juga satu peranan yang besar nilainya. Dan walaupun tiada slip gaji, aku tetap bersyukur, kerana Allah tahu setiap penat, setiap senyap yang aku telan, dan setiap kasih yang aku curah. Ada ke ibu2 yg sedang berjuang dijalan yg sama? seorang ibu dan surirumah tanpa gaji dan duit belanja.



