Doa yang Tergantung

Aku nak straight to the point je la eh.. aku ni mak kepada tiga orang anak.. baru kawen 3 tahun.. dan atas faktor ekonomi dan anak kecik aku tak bekerja mengharapkan 💯 kat suami.. aku pernah bekerja atas sebab tertentu aku berhenti.. aku teringin nak tahu.. kawen kan membuka pintu rezeki.. tapi kenapa aku tengok suami aku makin susah bila dia kawen ngan aku.. dulu bila dia bujang dia boleh saving banyak sekarang menanggung kami anak beranak dan memang tiada saving.. aku selalu doa dipermudahkan urusan suami aku dan dilancarkan rezeki suami aku.. tapi entah kenapa sampai sekarang hidup kami masih sama.. kekadang aku rasa kami isteri dan anak anaknya adalah bebanan untuk nya.. betul ke kawen ni akan bertambah rezeki..

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis kena yakin dengan Allah. Yakin dengan doa kita. Sabar dalam islam tu indah. Saya akui saya pun susah. Tumpang duduk rumah mertua. Sana sini orang mengata. Suami pula cukup2 makan. Emas2 semua dah tergadai bayar komitmen. And dulu pun saya pernah bekerja. Memang best sebab kita berduit. Orang kata, awal perkahwinan 5 tahun memang kita akan alami masalah ekonomi. Selepas 5 tahun insyaAllah. Hustle dari kerja tu akan terbalas nanti. Saya yakin pada suami dan juga pada Allah. Sis jangan give up ya

Baca lagi