Doa yang Tergantung

Aku nak straight to the point je la eh.. aku ni mak kepada tiga orang anak.. baru kawen 3 tahun.. dan atas faktor ekonomi dan anak kecik aku tak bekerja mengharapkan 💯 kat suami.. aku pernah bekerja atas sebab tertentu aku berhenti.. aku teringin nak tahu.. kawen kan membuka pintu rezeki.. tapi kenapa aku tengok suami aku makin susah bila dia kawen ngan aku.. dulu bila dia bujang dia boleh saving banyak sekarang menanggung kami anak beranak dan memang tiada saving.. aku selalu doa dipermudahkan urusan suami aku dan dilancarkan rezeki suami aku.. tapi entah kenapa sampai sekarang hidup kami masih sama.. kekadang aku rasa kami isteri dan anak anaknya adalah bebanan untuk nya.. betul ke kawen ni akan bertambah rezeki..

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

InsyaAllah kita betulkan solat kita Allah akan betulkan segala masalah kita. Jaga solat awal waktu, selalu bersyukur, InsyaAllah walaupun x de duit kita x rasa sesak dan tekanan sgt. Memang kawin dan ada anak akan bertambah rezeki, tapi bukan dari segi kewangan je, tgk balik hubungan kita dgn Allah, hubungan kita dgn manusia.. betula kan dulu satu persatu. Jangan mengeluh kalo diuji, selagi hidup, selagi tu la akan ada ujian. Semoga sis dan kita semua yg diuji pelbagai ujian ni Allah permudahkan segala urusan kita aamiin.

Baca lagi