Doa yang Tergantung

Aku nak straight to the point je la eh.. aku ni mak kepada tiga orang anak.. baru kawen 3 tahun.. dan atas faktor ekonomi dan anak kecik aku tak bekerja mengharapkan 💯 kat suami.. aku pernah bekerja atas sebab tertentu aku berhenti.. aku teringin nak tahu.. kawen kan membuka pintu rezeki.. tapi kenapa aku tengok suami aku makin susah bila dia kawen ngan aku.. dulu bila dia bujang dia boleh saving banyak sekarang menanggung kami anak beranak dan memang tiada saving.. aku selalu doa dipermudahkan urusan suami aku dan dilancarkan rezeki suami aku.. tapi entah kenapa sampai sekarang hidup kami masih sama.. kekadang aku rasa kami isteri dan anak anaknya adalah bebanan untuk nya.. betul ke kawen ni akan bertambah rezeki..

35 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jgn sempitkan skop "kawen @anak tu pembuka rezeki" dengan duit semata. sedangkan masih bernyawa tu pun rezeki. duit kena cari, usaha cara A utk sara sorang, usaha cara B utk sara 2, cara C utk sara 3. xleh cara A utk sara 3. org yg starting kerja 10k pun bila kahwin dia takkan cukup dgn 10k tu, mesti nk guna lebih punye..

Baca lagi
TapFluencer

Doa ni ada pelbagai cara Allah nak kabulkan: Bukan sekarang,, doa tu makbul akan datang yg kita pun tak tahu bila. Bukan di dunia, Allah kabulkan di akhirat nanti. Sabar dan solat, teruskan doa, teruskan syukur dan usaha, redha liLlahi ta'ala. Kahwin dan dikurniakan 3 orang anak pun suatu rezeki... Kan? Teruskan bersyukur

Baca lagi

Ekonomi kita sekarang buat kita lebih kuat. Kena pandai merancang, kena pandai bawa diri. Anak pun kita kena rancang. Tapi memandangkan dah tersasul 3 anak. Dan 3 tahun Kahwin. kena kuat dari segi semua perkara ya. Enjoy the journey.

Semua tu ujian dari allah.Hidup dlm berumah tangga ni ada pasang surutnya.Allah takkan uji di luar kemampuan hambanya.Allah uji sebab korang mampu.Inshaallah fasa ni akan berakhir.Sama ada cepat atau lmbt..

InsyaAllah byk kan bersabar berusaha berdoa & tawakal.. klu rajin berusaha InsyaAllah cukup.. semua org mula alam perkhawinan hidup x senang.. kecuali kawen dgn org kaye.. hehe senang lah hidup…

anak 3, bini x kerja memang susah sikit sis. banyak nak pakai duit. sis kena berhenti merungut n cuba lah berdamai dengan takdir. atau mungkin sis boleh buat sesuatu utk tingkatkan ekonomi rumah tangga

4w ago

wau.. berhenti merungut eh.. padahal terang dah dia tulis ada sebab berhenti.. harap ibu ibu lepas ni tak payah tulis apa apa untuk bertanya.. merungut katanya

kena faham molek bab yakin dgn Allah, rezeki tu bukan duit sahaja, apa faktor2 rasa kurang, apa tanggungjawab yg selalu trlepas buat, Allah akn beri dgn apa yg hambaNya sangkakan.

maybe sbb ekonomi skrg ...kos smua naik ...kedua redha isteri tu pntg supaya rezeki suami tu dimurahkan..

sentiasa berdoa.. suami saya pun xde saving juga.. tp saya as isteri la yg akan saving utk apa2 kecemasan

“Betul ka kawen ni akan bertambah rezeki?” Itu saya tak pasti Tapi Allah kata setiap anak ada rezeki