info kena baca ni
Aktviti Membantu Perkembangan Bayi 2 Bulan ๐ถ๐ป Bayi berusia 2 bulan sudah boleh mula pusing kepala ke kanan dan ke kiri ketika terlentang tetapi masih perlu sokongan bahagian kepala dan leher. Mereka juga suka mendengar bunyi dan kenal objek serta mulut pandai mengeluarkan suara ๐ถ๐ป๐ Bayi 2 bulan juga boleh aktif dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh membantu perkembangan bayi 2 bulan seperti ๐๐ป 1๏ธโฃ Dodoikan Anak Mama perlu menyanyi pelbagai nada sambil menghayun perlayan bagi. Gunakan pelbagai nada semasa menyanyi dan lihat ekspresi muka bayi mama ๐ฅฐ 2๏ธโฃ Goyangkan Mainan Goyangkan mainan pada bayi ke kiri dan ke kanan, bayi akan melihat mainan itu dan mengikut dengan mata ๐ 3๏ธโฃ Senyum Pada Bayi Lihat mata bayi kemudian senyum pada anak serta menyebut 'senyum' sehingga bayi turut senyum. Bayi sangat suka jika mama memberi perhatian seperti ini ๐ 4๏ธโฃ Kenalkan Warna dan Bayi Gantung mainan yang bewarna warni pada katil atau tempat mainan bayi. Jangan gantung terlalu tinggi kerana bayi akan cuba mencapai mainan yang menarik perhatian mereka ๐ 5๏ธโฃ Ekspresi Rasa Sayang Setiap kali menyentuh bayi usap bayi dan ucap 'i love you sayang' nampak mudah tapi ia membantu kemahiran emosi bayi ๐ 6๏ธโฃ Urutan Setiap kali selepas mandi urut perlahan badan bayi dengan minyak atau losyen dengan lembut. Fokuskan di bahagian belakang dan bahu bayi kemudian gerakkan kaki seperti berbasikal dan tepuk tangan bayi dengan lembut ๐ถ๐ป 7๏ธโฃ Ambil Udara Segar Setiap pagi bawa bayi keluar rumah untuk lihat burung, pokok, bangunan dan lain-lain. Udara pagi bagus untuk tulang bayi yang kuat ๐จ 8๏ธโฃ Tummy Time Letakkan bayi seperti meniarap untuk membantu kuatkan otot bayi. Jangan biarkan terlalu lama kerana boleh sakitkan leher dan badan bayi ๐ถ๐ป 9๏ธโฃ Berkumpul Berkumpul sekeluarga sambil bersembang termasuk bayi. Pastikan persekitaran yang tenang dan tidak bising kerana boleh membuatkan bayi rasa takut ๐จโ๐ฉโ๐ฆโ๐ฆ ๐ Menari Pasang music dan ikut irama music tersebut bersama bayi mama. Boleh membantu bayi mempunyai daya ingatan yang kuat ๐๐ป 11. Pegang Jari Biarkan bayi pegang jari mama untuk beberapa saat setiap hari untuk membantu daya sentuhan bayi ๐๐ป 12. Baca Bersama Membaca dan tunjuk gambar pada buku bersama bayi membantu perkembangan kognitif๐ 13. Bercakap dan Berinteraksi Bercakap dengan bayi setiap aktiviti yang dilakukan. Panggil nama bayi setiap hari mereka akan mula faham dan cuba mengeluarkan bunyi yang comel ๐ Aktiviti yang mudah ini mampu merangsang perkembangan bayi 2 bulan. Luangkan masa dengan anak walaupun sekejap setiap hari ๐