info kena baca ni

Aktviti Membantu Perkembangan Bayi 2 Bulan ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป Bayi berusia 2 bulan sudah boleh mula pusing kepala ke kanan dan ke kiri ketika terlentang tetapi masih perlu sokongan bahagian kepala dan leher. Mereka juga suka mendengar bunyi dan kenal objek serta mulut pandai mengeluarkan suara ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป๐Ÿ’• Bayi 2 bulan juga boleh aktif dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang boleh membantu perkembangan bayi 2 bulan seperti ๐Ÿ‘‡๐Ÿป 1๏ธโƒฃ Dodoikan Anak Mama perlu menyanyi pelbagai nada sambil menghayun perlayan bagi. Gunakan pelbagai nada semasa menyanyi dan lihat ekspresi muka bayi mama ๐Ÿฅฐ 2๏ธโƒฃ Goyangkan Mainan Goyangkan mainan pada bayi ke kiri dan ke kanan, bayi akan melihat mainan itu dan mengikut dengan mata ๐Ÿ™„ 3๏ธโƒฃ Senyum Pada Bayi Lihat mata bayi kemudian senyum pada anak serta menyebut 'senyum' sehingga bayi turut senyum. Bayi sangat suka jika mama memberi perhatian seperti ini ๐Ÿ˜ƒ 4๏ธโƒฃ Kenalkan Warna dan Bayi Gantung mainan yang bewarna warni pada katil atau tempat mainan bayi. Jangan gantung terlalu tinggi kerana bayi akan cuba mencapai mainan yang menarik perhatian mereka ๐ŸŽŠ 5๏ธโƒฃ Ekspresi Rasa Sayang Setiap kali menyentuh bayi usap bayi dan ucap 'i love you sayang' nampak mudah tapi ia membantu kemahiran emosi bayi ๐Ÿ’• 6๏ธโƒฃ Urutan Setiap kali selepas mandi urut perlahan badan bayi dengan minyak atau losyen dengan lembut. Fokuskan di bahagian belakang dan bahu bayi kemudian gerakkan kaki seperti berbasikal dan tepuk tangan bayi dengan lembut ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป 7๏ธโƒฃ Ambil Udara Segar Setiap pagi bawa bayi keluar rumah untuk lihat burung, pokok, bangunan dan lain-lain. Udara pagi bagus untuk tulang bayi yang kuat ๐Ÿ’จ 8๏ธโƒฃ Tummy Time Letakkan bayi seperti meniarap untuk membantu kuatkan otot bayi. Jangan biarkan terlalu lama kerana boleh sakitkan leher dan badan bayi ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป 9๏ธโƒฃ Berkumpul Berkumpul sekeluarga sambil bersembang termasuk bayi. Pastikan persekitaran yang tenang dan tidak bising kerana boleh membuatkan bayi rasa takut ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฆโ€๐Ÿ‘ฆ ๐Ÿ”Ÿ Menari Pasang music dan ikut irama music tersebut bersama bayi mama. Boleh membantu bayi mempunyai daya ingatan yang kuat ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป 11. Pegang Jari Biarkan bayi pegang jari mama untuk beberapa saat setiap hari untuk membantu daya sentuhan bayi ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป 12. Baca Bersama Membaca dan tunjuk gambar pada buku bersama bayi membantu perkembangan kognitif๐Ÿ“• 13. Bercakap dan Berinteraksi Bercakap dengan bayi setiap aktiviti yang dilakukan. Panggil nama bayi setiap hari mereka akan mula faham dan cuba mengeluarkan bunyi yang comel ๐Ÿ˜ Aktiviti yang mudah ini mampu merangsang perkembangan bayi 2 bulan. Luangkan masa dengan anak walaupun sekejap setiap hari ๐Ÿ’•

info kena baca ni
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

๐Ÿ‘๐Ÿผ