Coffee for preggy mom

Hi akak semua, nak tnya utk first trimester boleh minum caffein ke?

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ada orang kata boleh, tapi had secawan sehari. tapi seeloknya berpantang la sekejap dari minum kopi. dulu sy pon suka sangat kopi. pi la kedai mana pon, confirm order kopi. kat rumah memang wajib ada stok kopi. tapi bila tahu je pregnant, terus stop sampai nak masuk 7 bulan ni pon tak berani minum lagi. taknak letak diri sendiri and baby dalam risiko. especially bila hb cukup2 makan je.

Baca lagi

Saya memula pantang kopi jugak, secawan sehari. Dlm seminggu tu 2 kali je minum. HB rendah pulak, so start minum decaf je. Lepas tu HB melonjak naik sampai 13.4, eh seronok Starbucks setiap hari. Before nk bersalin pun siang tu sy minum Starbucks 😂 cuma klu nk minum kerap, pilih decaf coffee. Nk rasa kopi betul tu sekali sekala.

Baca lagi

consult your dietician. mcm sy, dietician bg minum max 2sudu teh sehari utk combine dgn susu sbb sy akan muntah kalau minum susu kosong. so nak tak nak, kena combine dgn coffee sikit. as long your hb level ok

kalau saya minum 2 cawan je dalam sebulan, tapi make sure seminggu sebelum checkup KK mmg akan puasa. tapi last checkup dapat tahu hb 12.5, so mmg party kopi la 😂😂

Mcm i mmg dh diet dr dulu so mmg x ambik kafein sgt. Ada pun bila terasa ja. So utk U boleh cari kopi decaf yg kurang cafein klu btul tringin

VIP Member

kalau boleh elak elakkan. sebab caffeine boleh menyebabkan hb low... tp klu xde masalah ok je minum... klu craving minum je laa...

Saya dari start mengandung sampai skrg 16 weeks takut nak minum kopi, mgkin sbb first pregnant terlalu berjaga sikit heheh

Saya peminat kopi tapi sekarang ni ada lah rasa 1-2 sudu je masa buat kopi suami buat hilang rasa teringin tu😅 hihi..

VIP Member

Boleh minum utk bagi lps rasa teringin. Sebab kalau minum kerap bukan saja boleh drop hb, tapi boleh dpt kencing kotor.

Kalau hb low , elakkan minuman caffeine. Kalau hb okey, boleh secawan je sehari kalau xtahan sgt😅